[TERKINI] Senarai Penuh 14 Menteri Kabinet Dalam Kerajaan Pakatan Harapan
Senarai ini telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada awal hari ini.
Cover image via Malaysian Insight / TV14 / Malaysian AccessKabinet teras dijangka akan mengangkat sumpah pada Isnin minggu hadapan, 21 Mei, maka, barisan menteri kabinet penuh telah diumumkan
Senarai ini telah dimuatnaik pada halaman Facebook rasmi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada jam 6.35 petang hari ini, 18 Mei.
Dilaporkan juga bahawa Perdana Menteri telah menyerahkan senarai nama tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 5 petang tadi.
Berikut adalah senarai penuh Menteri-Menteri Kabinet disertai dengan portfolio masing-masing:
1. Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Image via DyomHerbs
Juga Ahli Parlimen Langkawi.
2. Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan Ahli Parlimen Pandan.
Image via Hype
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Juga Ahli Parlimen Pagoh.
Image via Malay Mail
4. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng
Image via New Straits Times
Juga Ahli Parlimen Bagan.
5. Menteri Pertahanan: Haji Mohamad bin Sabu
Juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Image via New Straits Times
6. Menteri Pelajaran: Dr. Maszlee Malik
Juga Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Nota: Portfolio ini sebelum ini dipegang oleh Tun Dr. Mahathir.
Image via The Malaysian Insight
7. Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Image via Blog Din Merican
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin
Juga Ahli Parlimen Ampang.
Image via TV14
9. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub
Image via smasanews
Juga Ahli Parlimen Pulai.
10. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun
Juga Ahli Parlimen Titiwangsa.
Image via Astro Awani
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo
Juga Ahli Parlimen Puchong.
Image via Malay Mail
12. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Image via New Straits Times
Juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak.
13. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Image via Facebook Anthony Loke Siew Fook
Juga Ahli Parlimen Seremban.
14. Menteri Sumber Manusia: Kulasegaran a/l V. Murugeson
Image via Malaysian Access
Juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.
