Selain Memotong Gajinya Sendiri, 8 Perkara Mengapa YDP Agong Disenangi Rakyat

Cool-nya Agong kita ini!

  • Isnin yang lalu, 11 Jun, Sultan Muhammad V bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara

    • Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

      “Baginda Tuanku amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru-baru ini.

    • Selain itu, Datuk Wan Ahmad juga mengumumkan, Baginda telah bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini.

      Ini kerana Baginda berharap anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

  • Keputusan YDP Agong telah mendapat pujian orang ramai












  • YDPA selama ini memang dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat

    • Berikut adalah perkara-perkara kecil, dan besar, yang Baginda lakukan menjadikan Baginda sentiasa dekat di hati rakyat jelata:

  • 1. Sering membahasakan dirinya sebagai 'kito' dan 'ambo' apabila berinteraksi dengan rakyat

    • Walaupun lahir dalam keluarga diraja, Seri Paduka tidak menunjukkan sebarang perbezaan status.

  • 2. Sering dilihat menghadiri majlis tahlil, menjadi imam solat berjemaah dan menyembelih haiwan korban

    • Tidak cukup dengan itu, Seri Paduka turut melawat orang sakit, membantu orang miskin, asnaf dan sebagainya tanpa segan silu atau meletakkan batas sebagai seorang raja.

  • 3. Telah mencetuskan idea Program Walkathon D’Raja Kelantan sejak 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan raja dengan rakyat

    • Menerusi Program Walkathon D’Raja Kelantan itu, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai peringkat umur berpeluang untuk berjalan bersama-sama Sultan Muhammad V dan beberapa kerabat diraja yang lain sejauh 10 km di sekitar bandar Kota Bharu

  • 4. Turun padang dalam membantu mangsa banjir di Kelantan pada tahun 2014 tanpa sebarang protokol rasmi

    • Menurut sumber dari Astro Awani, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

      "Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain."

  • 5. Baginda dikatakan sentiasa bergerak di sekitar negeri ini dalam diam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat Kelantan

    • Baginda memang dikenali dengan sifat merendah dirinya serta tidak kekok turun padang menyertai pelbagai program kemasyarakatan.

  • 6. Pelopor kepada Program ‘Qiam With Me’ yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011 di Kelantan

    • Program tersebut yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan, disusuli Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah.

  • 7. Baginda gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam

    • Sewaktu pemerintahannya di negeri Kelantan, Baginda dikatakan akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian.

  • 8. Baginda memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol dan juga rendah diri

    • Beberapa video ketibaan Baginda ke majlis rasmi tular di laman sosial menunjukkan Baginda berjalan berkaki ayam secara bersahaja tetapi pantas, mengambil jalan pintas tanpa karpet merah sehingga memaksa semua orang mengikut laju.

  • Tidak hairanlah jika baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia

  • Daulat Tuanku!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Most-read stories today

Leave a comment