10 Program ‘Charity’ Bulan Ramadan Yang Anda Boleh Join Untuk Dapat Pahala Lebih
Bulan Ramadan ni pahala akan berganda-ganda kalau kita bersedekah.
Cover image via Facebook Baju Raya ProjectBulan Ramadan adalah bulan penuh barakah lagi dimuliakan
Dalam bulan ini, Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba-hamba-Nya yang melakukan amal kebajikan – imanan wahtisaban – dalam keadaan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah SWT.
Justeru, menjadi kelaziman kepada umat Islam untuk menggandakan amal ibadah dan kebajikan di dalam bulan Ramadan untuk menyambut tawaran lumayan daripada Allah SWT ini.
Berikut adalah senarai program kebajikan sepanjang bulan mulia ini:
1. Being Compassionate Project oleh Interactive Dakwah Training
Image via Facebook Interactive Dakwah Training
Being Compassionate Project (BCP) bertujuan untuk menyantuni kelompok miskin bandar, empat kali setahun bagi 70 buah keluarga dengan kos RM200 bagi setiap keluarga.
Interactive Dakwah Training (IDT) amat mengalu-alukan sumbangan sebanyak RM200 setiap tiga bulan daripada orang ramai.
2. Baju Raya Kain Pelikat 2018 oleh Superheroes Movement
Image via Twitter @SuperheroesMvmt
Baju Raya Kain Pelikat (BRKP) merupakan projek tahunan sejak tahun 2015 lagi di mana Superheroes Movements mengumpul sumbangan baju raya dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Baju raya ini kemudiannya akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan tanpa rumah atau homeless, orang asli dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Superheroes Movements juga memerlukan sukarelawan!
Image via Twitter @SuperheroesMvmt
Dapatkan maklumat lanjut di Twitter.
3. Baju Raya Project oleh Pertubuhan Projek Kasih
Image via Twitter @BajuRayaProject
Image via Twitter @BajuRayaProject
Buat tahun ke-6 berturut-turut, Pertubuhan Projek Kasih menggerakkan aktiviti tahunan mereka mengumpul baju raya, tidak kira sama ada terpakai atau pun baharu untuk disedekahkan dan diagihkan kepada rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal, golongan asnaf/fakir atau mana-mana golongan yang memerlukan yang telah dikenal pasti.
Bukan itu sahaja, sumbangan tidak hanya terhad kepada pakaian semata-mata bahkan Baju Raya Project turut menerima beras, susu, dan kuih-kuih raya sebagai sumbangan.
Yang membezakan tahun ini adalah mereka akan menjalankan projek ini secara serentak di dua lokasi berlainan – Serdang dan Johor Bahru.
Sukarelawan juga diperlukan bagi membantu dari segi penerimaan sumbangan, pengagihan dan penghantaran.
4. Raya With Everyone 2k18
Image via Twitter @kidxblunt
Raya With Everyone 2k18 adalah projek antara kawan-kawan di mana mereka akan mengedarkan makanan kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, untuk tahun kedua ini, makanan yang akan diedarkan itu akan dimasak sendiri oleh mereka untuk diberi kepada para homeless dan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Mereka memerlukan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 untuk menyediakan makanan kepada 300 orang.
Sukarelawan juga diperlukan bagi meringankan projek ini!
Untuk mendaftar sebagai sukarelawan, boleh isi borang ini: Ramadan With Everyone 2k18
5. Kedai Jalanan Edisi Raya oleh Dapur Jalanan@KL
Image via Twitter @DapurJalanan
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Dapur Jalanan KL mengajak anda semua bersama-sama membantu warga miskin kota / tanpa rumah sekitar Jalan Panggong, Kuala Lumpur.
Antara sumbangan yang diperlukan adalah barangan keperluan harian seperti berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, tuala wanita, syampu, stokin, kain pelikat, kain batik dan lain-lain.
Sumbangan boleh dihantar ke Kelab Bangsar Utama & Hom Studio, Ampang.
6. Projek Sahur With Homeless oleh Dapur Jalanan Ipoh
Image via Twitter @Dapurjlananiph
7. Dapur Charity oleh Projek Iqra'
Image via Projek Iqra
Projek Dapur Charity 2018 akan mengedarkan 600 pek bingkisan Ramadan kepada orang awam di beberapa lokasi terpilih pada bulan puasa ini.
Anda dijemput menjadi penaja untuk kos makanan dan bahan bacaan yang akan diisi dalam pek bingkisan Ramadan ini pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan.
Antara senarai yang akan dimasukkan ke dalam bingkisan Ramadan adalah kurma, air mineral, buah-buahan, kad ramadan (diedarkan pada awal Ramadan), jurnal Ramadan (diedarkan pada awal Ramadan) dan sampul raya (diedarkan pada pertengahan dan penghujung Ramadan).
Penerima bingkisan Ramadan ini adalah orang awam, warga kerja hospital dan pelawat hospital terpilih, unit badan beruniform, warga kerja perkhidmatan awam dan penduduk sekitar komuniti terpilih.
Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi | Facebook | Twitter | Instagram
8. Cahaya Ramadan Syria & Rohingya oleh Muslim Volunteer Malaysia
Image via Twitter @VolunteerMVM
Pada 31 Mei 2018 ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan menganjurkan Iftar Amal Cahaya Ramadan bersama anak-anak Syria dan Rohingya.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpul dana sumbangan bagi menghantar pek berbuka puasa dalam Misi Bantuan Ramadhan Syria & Rohingya pada awal bulan Jun 2018 ini.
Image via Muslim Volunteer Malaysia
Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi | Facebook | Twitter | Instagram
9. Projek Taja Mereka oleh Kindness Malaysia
Image via Twitter @Kindnessdotmy
Projek Taja Mereka menggunakan konsep di mana orang ramai dapat menaja mereka yang memerlukan juadah berbuka puasa, dan pada masa yang sama berpeluang untuk berbuka puasa dengan mereka sekali.
Tajaan untuk seorang ialah RM40 yang akan merangkumi tajaan makanan berbuka, duit raya dan sumbangan lain. Bagi yang ingin turut serta untuk berbuka puasa sekali hanya perlu tambah RM20 sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi | Facebook | Twitter | Instagram
10. Iftar Contribution for Selayang Refugee Community oleh Human Aid
Image via Twitter @AinieHaziqa
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Human Aid kali ini mempelawa sumbangan dari orang ramai untuk mengumpul dana bagi menyediakan pek santapan berbuka puasa bagi komuniti Rohingya di Selayang.
Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi | Facebook | Instagram
