Serupa Tapi Tak Sama: Mana Satu Nora Danish Dan Nazira Nazrin?
Ramai orang kata Nazira Nazrin mirip Nora Danish. Tak percaya? Cuba lihat 8 gambar ini.
Cover image via SAYSPerkenalkan ini Nora Danish, antara pelakon popular dan paling comel di Malaysia
Image via Instagram Nora Danish
Dan ini pula Nazira Nazrin, seorang pengguna Instagram yang secara tiba-tiba menjadi sebutan kerana wajahnya mirip Nora Danish
Image via Instagram Nazira Nazrin
Persoalannya, sama tak muka Nazira Nazrin dengan Nora Danish?
Image via SAYS
Okay mungkin tak nampak sangat kerana Nora Danish tidak bertudung dalam gambar di atas. Kalau gambar ini?
Sama kan? Kalau orang kata mereka berdua ini adik beradik pun kami percaya. Soalan kami yang selanjutnya ialah…
Yang mana satu Nora Danish, kiri atau kanan?
Dan yang mana satu Nazira Nazrin, kanan atau kiri?
Wajah mereka yang sangat seiras boleh mengelirukan kalau sekali imbas
Image via SAYS
Gaya, struktur muka, warna kulit memang sama 90%. Kalau berbeza pun mungkin kerana Nazira Nazrin nampak lebih pemalu dan Nora Danish lebih *daring*.
Selain daripada menjadi pelakon, Nora Danish kini memiliki sebuah kafe XOXO di Bangsar. Dengarnya, makanan di situ boleh tahan sedap.
Image via utusan.com.my
Manakala Nazira pula sedang menuntut dalam bidang Sains Komputer. Nanti dah jadi graduan, kalau tak jadi programmer, mesti jadi hacker ni kan?
Umum telah mengetahui yang Nora Danish telah berpunya dan sedang hangat bercinta dengan Nedim Tan Sri Nazri Aziz, atau lebih dikenali sebagai @bossned_ di Instagram
Image via Instagram Nora Danish
Bagaimana dengan Nazira? Maaf jejaka-jejaka semua, Nazira sudah pun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.
Menangis abang-abang kacak dan abang-abang sado di luar sana bila tengok gambar ni.
Image via Instagram Nazira Nazrin
