Semak Status Permohonan BR1M Anda Dengan Memuat Turun Aplikasi Terbaru Dari LHDN
Anda kini boleh semak status permohonan menggunakan telefon bimbit.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M
Memetik laporan Semakan.my, pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 akan bermula dari tarikh 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dilakukan secara berperingkat. Pembayaran akan dikreditkan kepada bank akaun pemohon yang berjaya.
Selepas memasukkan nombor kad pengenalan anda, anda dikehendaki untuk mengisi soalan keselamatan yang anda isi pada mula permohonan BR1M terdahulu
Anda akan mendapat keputusan permohonan BR1M serta-merta selepas itu tanpa perlu pergi ke kaunter perkhidmatan BR1M seluruh negara atau menghubungi talian BR1M. Mudah dan pantas!
Anda juga boleh menyemak nota penerangan status anda samaada diterima, dalam proses, ditangguhkan, lulus atau tidak lulus
LHDN juga menjelaskan bahawa pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi menerusi Play Store untuk android dan App Store untuk iOS!
Ini secara tidak langsung memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.