Anda Tak Perlu Buka Pintu Kereta Lagi Di Plaza Tol Dengan Adanya ‘Stick’ Touch ‘N Go Ini
Memang memudahkan betul!
Cover image via SAYSPenggunaan kad Touch 'N Go bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama harian mereka
Penggunaan kad ini boleh dikatakan sangat mudah kerana dengan hanya satu sentuhan saja, anda boleh melepasi plaza tol dalam masa yang sangat singkat.
Image via Amirul Syafiq Mohd Din/Sunpix
Namun, tidak dapat dinafikan sesetengah daripada kita mengalami kesukaran sewaktu menggunakannya.
Contohnya disebabkan tangan anda tidak sampai untuk menyentuh alat pengesan kad Touch 'N Go, anda terpaksa membuka pintu kereta walaupun cermin pintu telah dibuka.
Tambah-tambah lagi bila betapa dekatnya kad tersebut dengan card reader. Bak kata orang putih the struggle is real!
Image via Zulkarnain Ahmad Tajuddin/NST
Tetapi seperti biasa, rakyat Malaysia memang kreatif. Sesetengah daripada pengguna Touch 'N Go mendapat idea untuk memudahkan perjalanan mereka dengan menggunakan sudip masakan.
Image via Yee Lee
Image via Yee Lee
Ada juga yang menggunakan alat pemukul lalat seperti ini…
Image via carigold.com
Telah ramai pengguna jalan raya menggunakan dua alatan tersebut kerana ia sangat mudah, cepat dan sangat kreatif. Boleh dikatakan ia adalah antara life hack terbaru yang digunapakai sejak kebelakangan ini.
Ia terbukti sangat berguna dan memudahkan pemandu untuk mengesan kad mereka sewaktu di plaza tol.
Ia mungkin kedengaran lucu dan tidak masuk akal untuk menggunakan sesuatu seperti itu. Tetapi ia sebenarnya merupakan kaedah yang sangat praktikal yang telah diuji oleh sesetengah individu.
Dan anda masih ingat video yang pernah viral ini?
Anda kini tidak perlukan lagi sudip memasak atau alat pemukul lalat kerana stick Touch 'N Go kini sudah ada dijual di pasaran!
Image via Samantha Leong/Facebook
Image via Samantha Leong/Facebook
*Stick* yang datang dengan pelbagai warna ini mempunyai *design* yang mana anda boleh meletakkan kad Touch 'N Go pada *stick* tersebut.
Bukan itu saja, kami juga menjumpai stick yang boleh dipanjangkan. Ianya sama seperti selfie stick yang anda selalu gunakan tu. Memang memudahkan betul lah!
Image via Ec Kids/Facebook
Kami lihat *stick* ini banyak dijual Facebook, dan pasaran dalam talian lain seperti Carousell and Shopee.
Sekiranya anda berminta, anda mungkin juga boleh mendapatkannya di SINI
Image via Ec Kids/Facebook

