“Tak Boleh Tahan Air Mata” - Wanita Kongsi Detik Sedih Anak Masuk PICU Kerana Pneumonia

Ibu bapa harus lebih peka tentang penyakit misteri seperti ini.

  • Pelbagai jenis penyakit yang masih belum dikenalpasti oleh ibu bapa. Penyakit misteri boleh menyerang anak-anak anda tanpa disedari jika tidak dijaga dengan cara yang betul.

    • Mungkin anak-anak anda nampak seperti biasa. Demam, batuk, selsema seperti kanak-kanak yang lain namun disebaliknya, mereka menghidap penyakit yang begitu serius dan membahayakan kesihatan mereka.

      Seperti perkongsian yang ditulis oleh Farha Darmawan di laman Facebook, beliau menceritakan tentang pengalaman pahit yang perlu ditempuh ketika anak kesayangannya disahkan menghidap penyakit yang begitu berbahaya iaitu Bronchopneumonia. Memang mengejutkan!

      Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

  • Anaknya mengalami batuk dan selsema selama seminggu. Namun, beliau masih berfikiran positif dan menggangap perkara itu normal untuk kanak-kanak.

  • Yusuf dipindahkan ke wad PICU akibat keadaan yang makin teruk dan memerlukan pengawasan yang ketat

  • Yusuf disahkan menghidap penyakit yang dinamakan Broncopneumonia. Sangat berbahaya lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang masih kecil.

  • Selepas seminggu lebih berada di wad hospital, akhirnya Yusuf dapat keluar kerana keadaannya yang beransur pulih dan tidak perlukan bantuan oksigen untuk bernafas

  • Memang perit untuk ibu bapa apabila melihat anak yang masih kecil menderita akibat penyakit yang tidak pernah diketahui akan menyerang. Contohnya penyakit Broncopneumonia ini.

    • Apa-apa pun, anda perlu kenali dahulu apa yang dimaksudkan dengan penyakit Broncopneumonia.

      Ia merupakan salah satu jenis daripada penyakit pneumonia. Ciri-ciri pada bayi biasanya batuk, kadar degup jantung yang cepat, oksigen darah yang rendah, otot dada kembang kuncup, kurang selera makan dan minum, demam, kesesakan dan kesukaran tidur.

      Antara nasihat doktor bagi mengelakkan penyakit ini daripada menyerang anak-anak anda adalah:

      1. Teruskan menyusu anak anda
      2. Jauhi individu yang tidak sihat
      3. Kalau boleh, jangan bawa anak ke tempat orang ramai seperti pasar, pasar malam walaupun anak masih sihat kerana udara sekarang pun tidak begitu sihat.
      4. Sentiasa basuh tangan
      5. Jauhi asap rokok. Kalau nak pegang anak, pastikan anda mandi terlebih dahulu baru pegang.
      6. Jaga pemakanan anak, berikan makanan yang bernutrisi. Air masak kena banyak, buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu seimbang.


  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bercakap tentang bayi, baca lebih perkongsian di bawah:

Most-read stories today

Leave a comment