seismik

Taman Permainan Dalam Ruang Solat, Masjid Baru Di Kedah Ini Tarik Perhatian Ramai

Kalau macam ini gayanya dengan bapak budak sekali join.

Cover image via @tomfitree (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa perlulah mengajak anak untuk ikut sekali jika pergi ke masjid

Tetapi kadangkala kerisauan muncul dalam diri ibu bapa jika anak-anak mereka akan mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah.

Disebabkan perkara ini terdapat inisiatif unik dari pihak masjid dapat dilihat melalui video yang telah tular memaparkan sebuah masjid baru yang mempunyai taman permainan kanak-kanak di dalamnya.

Lihat video tersebut di bawah:

@tomfitree Replying to @Ustaz Yaakub Yusra Terima kasih Ustaz. Masjid punya cantik la ustaz. Memang selesa. Korang datang sini. Ada taman permainan anak-anak dan ada capsule hotel. Share video ni supaya beri manfaat ramai orang. #tomfitree #fyp #masjid #indoorplayground #capsulehotel #madad #sungaipetani #kedah Cooking Time - Lux-Inspira

Hotel kapsul juga disediakan untuk kemudahan musafir

Masjid yang baru dibuka ini ialah Masjid MADAD berlokasi di Sungai Petani, Kedah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawasan sekitar dalam masjid itu.

Antara yang paling menarik perhatian ialah taman permainan yang disediakan di dalam masjid untuk kegunaan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kemudahan seperti hotel kapsul juga disediakan di dalam masjid ini bagi memudahkan urusan musafir.

"Masjid making a comeback as an impactful social centre" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 356.7K views, 29.4K likes dan 3.5K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan mudahkan mak bapak je, bagus juga untuk pupuk anak-anak pergi masjid :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: