seismik

Diganggu Di Tepi Jalan, Lelaki Iban Ini 'Ajar' Pembuli Warga Asing Di Gelanggang Tinju

Mendapat la cari pasal dengan anak Iban.

Cover image via @funnyworld1313 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembuli selayaknya mendapat balasan yang setimpal

Tidak kiralah membuli dalam aspek mental atau fizikal, pembuli selayaknya merasai apa yang dilalui para mangsa.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang pelajar warga asing ditewaskan oleh seorang lelaki yang telah diganggu oleh pembuli warga asing tersebut dalam sebuah perlawanan kickboxing.

Lihat video tersebut di bawah:

Lelaki tersebut rupa-rupanya peninju dari Sarawak

Difahamkan lelaki yang diganggu itu merupakan peninju dari suku kaum Iban dari Sarawak. Menerusi video tersebut dapat dilihat lelaki tersebut "mengajar" pelajar warga asing tersebut di mana pembuli itu dilihat terus tersungkur setelah menerima tumbukan dari lelaki Iban itu.

Menerusi dialog yang dilemparkan lelaki Iban berkenaan dalam video tersebut mendedahkan dia telah diganggu oleh warga asing tersebut yang secara tiba-tiba mengajak untuk berlawan di tepi jalan.

Walaupun bertubuh lebih kecil daripada lelaki warga asing itu, lelaki Iban tersebut tidak gentar malah lelaki warga asing itu yang dilihat cuba lari daripadanya.

Lihat video tersebut di bawah:

"Yang ni bijak, instead of gaduh dekat luar boleh jadi assault, so dia ajak dalam ring untuk bagi pengajaran. Dalam ring dah dikira legal" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 1.1M views, 9.1K likes dan 6K reposts.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Power lah anak Iban!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: