seismik

Kambing Tersangkut Pada Jaring Gol, Dr Zulkifli Sempat Tolong Sambil 'Troll' Fans MU

Sempat lagi kat kapsyen tu.

Cover image via @drzul_albakri (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila saja kita lihat video melibatkan kambing di media sosial sudah pasti ia berkenaan dengan sesuatu yang menghiburkan

Jika terjumpa video yang meibatkan kambing di media sosial, sudah pasti ia berkenaan dengan aksi kambing yang buatkan kita terhibur.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan seekor kambing telah tersangkut pada jaring gol di sebuah gelanggang futsal.

Kambing itu telah ditemui oleh Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan keadaan kambing tersebut membuatkan beliau bertindak menolong haiwan itu.

Lihat video berkenaan di bawah:

Sempat bergurau mengusik penyokong Manchester United

Menerusi video tersebut, kambing itu dilihat cuba untuk melepaskan dirinya daripada jaring namun tidak berjaya. Selepas sahaja haiwan tersebut berjaya dilepaskan ia terus berlari ke arah sekawan kambing yang lain.

Apa yang menarik bukan sahaja video itu sendiri malah kapsyen yang ditulis juga mendapat perhatian netizen. Dr. Zul telah mengusik penyokong Manchester United (MU) di dalam kapsyen video tersebut memandangkan MU telah tewas kepada Arsenal dalam sebuah perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi Isnin lepas.

"You know ball, ustaz" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 531.8K views, 6.1K likes dan 2.9K reposts.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Nasib Dr. Zul tak sambung bagi "rice" pula kat kambing tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: