seismik

7 Tempat Bersahur Paling 'Best' Sekitar KL, Sesuai Untuk Mereka Yang Malas Masak

Bukan malas, tapi tak ada masa. :D

Cover image via SAYS

Setiap hari, 3 soalan ini akan muncul di fikiran setiap umat Islam ketika Ramadan:

"Hari ini nak berbuka apa?"
"Pagi esok nak sahur kat mana?"
"Nak masak ke nak beli je?"

Image via SAYS

Jujurlah, soalan-soalan ini memang tak boleh lari. Kadang-kadang, ada orang yang rajin memasak, tapi tak ada masa. Maklumlah kena kerja sampai petang. Balik rumah dah nak masuk waktu berbuka.

Bila tak masak, makanan untuk sahur pagi esok pun tak ada. Nak tak nak, kena juga beli atau pergi melepak di luar untuk cari makanan.

Bagi yang tak ada masa nak masak tu, boleh tengok senarai tempat di bawah yang menyajikan makanan pada waktu tengah malam sebelum subuh:

1. McDonald's

Image via McKroes/Flickr

Daripada students, budak-budak sekolah, sampailah ke warga tua, McDonald's tak lain tak bukan salah satu port paling favourite untuk orang pergi makan waktu tengah malam. Selain makanan sedap, McD juga ada aircond. Nyaman! Paling best, McD ada di mana-mana. Memang senang nak cari.

2. Nasi Lemak 223

Ada merah, ada biru jugak.

Image via flickr.com

Tak kisahlah panas ke, ramai orang ke, dah lewat pagi ke, orang tetap akan datang ke gerai Nasi Lemak 223 di Petaling Jaya demi hidangan sepaket Nasi Lemak bungkus panas. Bila fikir balik, mana ada tempat lain yang hidangkan nasi lemak bungkus pada waktu malam. Sebab itulah tempat ni unik dan sentiasa penuh dengan manusia.

Alamat: Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: 24 jam

3. Asia Cafe

Pelbagai pilihan juadah, ruangan besar, cyber cafe, big screen, pusat snooker dan pool, Asia Cafe memang lengkap dan tepat untuk dijadikan port lepak khususnya untuk anak-anak muda. Kalau ada match bola sepak, Asia Cafe confim penuh dan tak ada tempat duduk langsung!

Alamat: Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu operasi: 24 jam

4. Pelita Nasi Kandar

Kuah banjir atau kuah asing?

Image via Pelita Nasi Kandar/Facebook

Dalam banyak-banyak kedai mamak, Pelita Nasi Kandar lah yang paling popular, terutamanya di KLCC. Walaupun kedai besar, tetap penuh dengan manusia sepanjang masa. Penangan Nasi Kandar dan Teh Tarik di Pelita memang susah nak resist. Sekali dah 'kena' mesti nak lagi.

Alamat: 149, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. (Pelita KLCC)

Dan banyak lagi...

Waktu operasi: 24 jam

5. RSMY Cheese Naan

Meleleh!

Image via RSMY Cheese Naan/Facebook

Ingat Cheese Naan, ingat RSMY! Orang ramai datang ke sini semata-mata nak merasa kelazatan Cheese Naan-nya, ditambah pula dengan kuah cicah Kimar, pengalaman makan malam pastinya terangkat. Kalau nak datang, pastikan datang awal sebab takut Cheese Naan habis.

Alamat:

1) 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53300 Kuala Lumpur. (Setapak)

2) Lot 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. (KL)

3) G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. (Bangi)

Waktu operasi: 11am–2am setiap hari

6. Murni Discovery

Image via fbcdn.net

Menu menarik dan unik di Murni Discovery:

- Roti Beckham
- Roti Hawaii
- Nasi Goreng Meletup Napoleon
- Mee Raja Beef Steak

Selain unik, portion makanan di sini juga BESAR! Sangat sesuai untuk orang kuat makan.

Alamat:

1) 53, Jalan SS 2/75, 47300 Petaling Jaya, Selangor. (Murni SS2)

2) 24, Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan, 52100 Kepong Utara, Kuala Lumpur. (Murni Kepong)

3) 39-41, Ground Floor, Jalan USJ 9/5P, Subang Business Centre, 47500 Subang Jaya, Selangor. (Murni USJ)

Dan banyak lagi...

Waktu operasi: 8am–5am (tutup pada Isnin)

7. Enjoy's Corner

Image via jelajahmaya.com

Selain suasana open air yang santai, Enjoy's Corner juga terkenal dengan menu makanan yang hebat. Ehem, Shell Out pun ada! Selain itu, pelanggan juga boleh layan muzik yang dimainkan oleh buskers setiap hari sambil ber-shisha.

Alamat: 2, Jalan 4/4c, Taman Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 12am–12pm, 4:30pm–12am (tutup pada Isnin)

Kat mana pun anda nikmati sahur, jangan lupa untuk kekal bertenaga bersama MILO!

Image via MILO Malaysia

Tenaga merupakan satu aspek terpenting dalam tubuh badan ketika berpuasa. Tanpa sahur yang lengkap, tubuh mungkin tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan tugas-tugas harian dengan baik.

Hanya MILO mengandungi Activ-Go yang boleh membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Jadi, lengkapkan sahur anda dengan MILO untuk tenaga yang diperlukan sepanjang Ramadan.

MILO akan memberi 1 pek kurma serta 1 stik pek MILO Kosong apabila anda memesan secawan MILO serta mi Maggi untuk sahur anda di kedai terpilih. Layari laman web MILO untuk mengetahui lokasi dan tarikh.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah bayar Zakat Fitrah ke belum?