seismik

Satu Jenama Ini Boleh Selesaikan Semua Jenis Masalah Kulit. Tak Payah Cari Lain Dah!

Selamat tinggal masalah kulit.

Cover image via Instagram @adlinasuhaimi

Artikel ini ditaja oleh THE FACE SHOP.

Setiap orang mesti pernah berdepan dengan masalah kulit muka yang buat kita rasa tak confident untuk keluar rumah, kan?

Image via giphy.com

Masalah kulit muka bukan saja buat kita rasa tak confident. Kadang-kadang mood pun boleh jadi rosak sepanjang hari sebab masalah ni. Nak selesaikan bukan main payah.

Kalau anda nak tahu, 4 jenis masalah kulit ni adalah yang paling lazim untuk rakyat Malaysia. Anda yang mana satu?

1. Kulit berjerawat dan berminyak - berpunca daripada kelenjar sebaceous (sebaceous gland) yang terlalu aktif, cuaca panas dan lembap, pencemaran udara, liang tersumbat dan hormon.

2. Liang roma terbuka - akan berlaku bila kulit berminyak, proses penuaan semula jadi dan terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

3. Tona kulit tidak sekata - tompok coklat dan pigmentasi pada kulit terhasil daripada pendedahan kepada sinar UV, hormon tak seimbang dan juga faktor keturunan.

4. Garis-garis halus - disebabkan oleh dehidrasi, dan penuaan kulit pra-matang yang berpunca daripada sinaran UV dan penuaan biologi.

Bila bercakap tentang masalah kulit, semua orang jadi tak senang duduk. Paling tak best, macam-macam produk kita dah cuba tapi hasilnya tetap sama.

Kononnya produk A boleh bersihkan minyak pada muka. Bila dah pakai, muka masih berminyak.

Kononnya produk B boleh hilangkan jerawat selama-lamanya. Lepas dah pakai, jerawat tak berhenti-henti pulak muncul.

Produk C pulak katanya mampu cerahkan kulit dalam masa 14 hari. Dah dua bulan pakai pun wajah langsung tak ada perubahan.

Image via SAYS

Yang paling kita concern sekali pasal produk kosmetik atau produk kecantikan ni tentunya kandungan dan bahan yang digunakan dalam produk. Maklumlah zaman sekarang ni banyak sangat kegunaan bahan terlarang dan bahan kimia.

Banyak produk masa kini mengandungi contaminants atau bahan cemar, dan juga bahan-bahan karsinogenik yang tak sihat untuk kulit. Contohnya seperti merkuri, plumbum, nikel, paraben, benzophene, wangian tiruan, dan macam-macam lagi.

Kalau anda tengah cari produk penjagaan muka yang lengkap, artikel ini memang perfect untuk anda.

Perkenalkan THE FACE SHOP Dr. Belmeur.

Apa tu THE FACE SHOP Dr. Belmeur?

THE FACE SHOP Dr. Belmeur adalah produk kosmeseutikal berasaskan tumbuhan ringan + formula iritasi-rendah yang disyorkan oleh pakar-pakar kulit bagi membantu menyihatkan semula kulit yang bermasalah.

Produk ini mampu menyelesaikan masalah kulit dengan mengaktifkan komponen skin-friendly yang berasaskan daripada tumbuhan yang serupa dengan struktur kulit manusia.

Image via The Face Shop

Ada dua set berbeza yang anda boleh pilih:

1) 'Dr. Belmeur Repair Line' - Walaupun product line ini dirumus khas untuk kulit sensitif, ia juga sesuai digunakan pada kulit yang tidak bermasalah. Produk ini mampu menjadikan kulit lebih kuat dan terlindung daripada bahan tercemar dengan penghasilan kelembapan dalam kulit, sambil mengekalkan bacaan ph kulit pada tahap optimum.

2) Dr. Belmeur Clarifying Line - untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak, kemerah-merahan, tona tak sekata, dan lain-lain. Produk ini adalah solution terbaik untuk segala masalah kulit yang anda tercari-cari selama ni.

Macam mana THE FACE SHOP Dr. Belmeur dapat membantu?

Paling penting, kandungan produk ini selamat dan suci untuk digunakan, dan tak beri kesan sampingan pada wajah.

THE FACE SHOP Dr. Belmeur telah diformulasi TANPA 10 bahan karsinogenik tambahan: parabens, pigmen sintetik, wangian tiruan, triethanolamine, minyak mineral, benzophenone-3, propylene glycol, etanol, talkum, dan asid benzoik.

Image via The Face Shop

Contohnya, Daily Repair Ato Salt Cream adalah krim yang diformula khas untuk kulit kering dan mereka yang ada masalah ekzema. Krim ini membantu meningkatkan 42% hidrasi kulit dan meningkatkan 28% lapisan kulit.

Krim ini juga mengandungi 8% garam laut mati yang terkenal dalam melegakan atopik kulit dan garam mineral yang membantu melegakan kegatalan berpunca daripada kulit kering.

Daripada review orang ramai pun, kita boleh lihat produk ini memang highly recommended. Ramai dah cuba dan semuanya puas hati!

Tak kiralah apa jenis masalah kulit yang anda hadapi sekali pun, THE FACE SHOP Dr. Belmeur ada penyelesaiannya!

THE FACE SHOP adalah jenama Korea Selatan yang paling dikenali dalam kecantikan semula jadi dengan 2,500 cawangan kedai di seluruh dunia.

Image via Instagram

Bagi sesiapa yang baca artikel ni dari atas sampai ke bawah, mesti anda dah pasang niat nak beli produk THE FACE SHOP Dr. Belmeur ni, kan? Maklumlah, semua orang pun nak nampak cantik dan produk ni ada jalan penyelesaiannya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh datang ke mana-mana cawangan THE FACE SHOP dan dapatkan konsultasi secara terperinci daripada staf mereka. Nak lagi senang, boleh layari terus www.thefaceshop.com atau beli di sini.

PS: Produk Dr. Belmeur Daily Repair Starter Kit hanya boleh dibeli secara online pada harga RM59.90 sahaja! Jadi, klik sini dan dapatkannya sekarang!

Dengan RM59.90, anda akan dapat foam cleanser, toner, moisturizer, dan ato salt cream dalam satu pek.

Saksikan juga video cara penggunaan dan rutin penjagaan kulit oleh Eeked di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hati-hati dengan barang kosmetik lain: