seismik

The Rock Umum Sah Dijangkiti Covid-19, Turut Positif Isteri & Anaknya

Berita itu telah disahkan sendiri oleh pelakon popular berkenaan menerusi Facebook miliknya.

Cover image via Dwayne The Rock Johnson (Facebook)

Selebriti Hollywood itu mengumumkan berita tersebut di laman Facebook dan Instagram miliknya pagi ini

Menurut Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock, dia bersama isteri dan dua anaknya telah diuji positif Covid-19.

“Saya, isteri dan dua anak telah diuji positif Covid-19. Ini merupakan salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar untuk dihadapi oleh kami sebagai sebuah keluarga,” ujarnya.

The Rock juga mengatakan bahawa dia dan isterinya, Lauren Hashian menghadapi waktu-waktu yang sukar berbanding kedua-dua anak perempuan mereka namun semuanya sekarang berada dalam keadaan yang baik.

Menerusi kapsyen posting di laman sosialnya juga, The Rock turut menyampaikan 'pesanan' kepada para peminat di seluruh dunia

Antara pesanan yang disampaikan oleh The Rock ialah tetap berdisiplin, tingkatkan sistem imun badan anda, sentiasa memberi komitmen untuk kesejahteraan diri dan pakai topeng pelitup muka serta lindungi keluarga masing-masing.

Selain itu, The Rock juga menasihati supaya bersikap lebih tegas terhadap orang yang ingin datang ke rumah atau mahu melakukan aktiviti berkumpulan bersama, kemudian kekal positif dan jaga sesama manusia.

Stay healthy, my friends.
Dwayne Johnson

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel berkaitan lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: