seismik

The Star Mohon Maaf Jadikan Gambar Solat Sebagai Muka Depan Bersama Berita Pengganas

The Star berkata adalah menjadi amalan akhbar itu menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan.

Cover image via malaysiakini.com

"Kami minta maaf"

28 Meli lalu, akhbar The Star memohon maaf atas penggunaan muka depan akhbar itu yang memaparkan gambar umat Islam sedang bersolat di bawah tajuk berita gempar berkaitan pengganas

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata pihaknya kecewa dengan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis 'Malaysian Terrorist Leader'.

Alwi berkata tindakan akhbar itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Permohonan maaf telah dibuat akhbar itu dan The Star berkata adalah menjadi amalan akhbar itu menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, bagi menghormati bulan mulia ini

“Merujuk kepada muka depan akhbar The Star pada Sabtu, 27 Mei lalu, kami ingin menjelaskan bahawa sudah menjadi satu amalan di sini untuk menghormati hari pertama Ramadhan dan meletakkan gambar orang ramai mengerjakan solat terawih di muka depan akhbar.

“Bagaimanapun, muka depan akhbar tahun ini menjadi isu apabila tajuk utamanya berkaitan dengan ketua pengganas serta gambar umat Islam sedang mengerja solat terawih.

“Ini menyebabkan ramai yang tersalah anggap dengan perkara tersebut namun ingin ditegaskan bahawa perkara ini bukanlah dilakukan dengan sengaja,” kata The Star dalam laman webnya.

Berikutan perkara tersebut menjadi viral, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa The Star segera meminta maaf kepada seluruh umat Islam

Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah

Image via BH Online

Katanya, walaupun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar, namun ia seolah-olah merujuk orang Islam sebagai pengganas dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut di muka depan akhbar.

The Star sebagai salah satu akhbar 'senior' berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini," katanya.

Sumber: Malaysia Kini, Sinar Online

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: