Nak Travel? Ikuti 7 Tips Berguna Ini Untuk Beli Tiket Penerbangan Yang Lebih Murah

Lepas ini bolehlah travel jauh sikit :p

  • Bila bercakap tentang travel, ianya merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik, kos makan dan minum, kos pembelian ole-ole, kos pengangkutan seperti tren, bas, teksi dan lain-lain lagi

    • Banyak kos yang perlu anda tanggung ketika pergi bercuti ke luar negara. Lebih-lebih lagi jika anda ke negara seperti Eropah. Semuanya mahal. Anda hanya perlu lebih bijak ketika menyediakan bajet dan menyiapkan itinerari.

      Kalau sudah biasa, pasti anda tahu bagaimana untuk memotong kos agar lebih murah ketika bercuti. Oh ya, di sini kami ingin berkongsi cara terbaik untuk anda mendapatkan tiket penerbangan yang lebih murah.

      Ingin tahu caranya? Baca tips penuh di bawah:

  • 1. Tempah tiket penerbangan anda hari Selasa dan Rabu

    • Kenapa anda perlu memilih dua hari ini untuk menempah tiket penerbangan yang lebih murah? Kerana dua hari ini adalah hari yang terbaik untuk beli tiket. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa pada jam 7pm.

      Selain itu, ianya adalah kerana syarikat penerbangan tahu tentang kebanyakan penumpang mempunyai masa untuk menempah tiket pada hari minggu. Menurut statistik pula, ramai yang selalunya mula survey harga tiket bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

  • 2. Pilih hari yang sesuai untuk terbang

    • Kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan dua hari iaitu Selasa dan Rabu sebagai hari 'kurang sibuk' dalam sistem penempahan. Begitu juga lapangan terbang yang akan kurang dengan kesibukkan seperti biasanya berbanding hari Jumaat dan Ahad. Tiket pun akan lebih murahlah.

  • 3. Sentiasa pilih untuk mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil

    • Teknik ini sebenarnya lebih menjimatkan. Bagaimana caranya? Anda tidak perlu untuk turun di lapangan terbang utama. Contohnya jika anda ingin ke London, tak perlu turun di Heathrow, anda boleh cuba untuk turun di Manchester. Kemudiannya boleh naik tren untuk ke London.

      Lebih murah dan menjimatkan dengan teknik ini.

  • 4. Tempah tiket penerbangan awal, tapi jangan terlalu awal

    • Jika anda ingin menempah tiket penerbangan, paling elok adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

      Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.

      Manakala, 200 penumpang seterusnya bakal mendapat harga medium, selebihnya mungkin lebih mahal.

  • 5. Lakukan perbandingan harga tiket. Jangan malas!

    • Sentiasa lakukan perbandingan harga tiket dari satu website ke satu website yang lain. Jangan malas, nanti rugi!

      Anda akan jumpa tiket penerbangan yang lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama, memang pelik tapi benar.

      Cuba survey di platform seperti di bawah:

      1. Skyscanner
      2. CheapFlight
      3. Momondo
      4. Kayak
      5. Google Flight
      6. Ita Software

  • 6. Padam semua cookies pada browser di komputer anda selepas survey tiket penerbangan. Kenapa?

    • Paling penting adalah untuk memadam semua cookies jika anda ada melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum. Perkara ini adalah bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan tiket penerbangan lebih murah.

      Oleh itu, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.

  • 7. Untuk penerbangan antarabangsa, boleh cari 'Best Deal'

    • Selalunya syarikat penerbangan menawarkan 'Best Deal' antara 11 sehingga 12 minggu lebih awal bagi penerbangan antarabangsa. Masa inilah anda perlu rajin sikit untuk check harga tiket. Mungkin boleh dapat yang lebih murah dan berbaloi!

    • Sumber: Mat Travel

  • Jom bercuti! :D

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Tak tahu nak bercuti di mana? Boleh tengok sini:

  • Untuk anda yang ingin travel secara solo, boleh ikuti tips ini:

Most-read stories today

Leave a comment