9 Trend Makanan Dan Minuman Pelik Sepanjang 2016. Mana Satu Anda Pernah Cuba?
Wow macam-macam ada!
Tahun 2016 telah memperlihatkan bermacam-macam jenis makan terbaru di Malaysia. Sesetengahnya boleh dianggap pelik oleh masyarakat kita. Ya, mungkin ia sesuatu yang baru untuk kita cuba kan?
1. Cheese sana cheese sini
Antara yang menduduki tangga teratas dalam trend makanan 2016 adalah makanan berunsur cheese. Boleh dikatakan hampir semua makanan yang menjadi viral mempunyai unsur-unsur berkaitan cheese ni. Macam-macam ada, goreng pisang cheese, murtabak cheese, ayam goreng cheese, satay cheese dan lain-lain lagi!
Semua nak letak cheese!
2. Burger 'botingkek-tingkek'
Haaa jangan ingat kek je bertingkat tau, burger pun sama. Kalau dulu mungkin kita ada burger special dan burger double, tapi tahun 2016 kita ada super duper triple burger. Kiranya kalau order satu burger ni, 5 orang belum tentu dapat habiskan. Bersalutkan keju dan bahan-bahan lain seperti sos dan mayonis, burger bertingkat kadang-kadang kelihatan sangat menyelerakan dan kadang-kadang juga agak pelik untuk dimakan. Tapi jangan tak tahu, ada pasangan pengantin yang menggantikan kek dengan burger ni tau! Memang rare lah!
3. Burger warna-warni
Tak cukup dengan bertingkat-tingkat, roti burger tahun ni memang unik sikit. Macam-macam warna ada! Sekali pandang burger-burger ni nampak macam burger mainan lah pulak kan?
4. Burger gedabak
Yang ini pula giant burger yang sememangnya besar dan memerlukan lebih 10 orang untuk menghabiskannya. Tengok lah tu, memang besar ya amat! Agak-agaknya berapa banyak botol sos lah yang dihabiskan untuk satu burger ini kan?
5. Laksa sedut
Ini sememangnya sesuatu yang lain daripada yang lain. Sekiranya anda biasa melihat laksa dijual di dalam plastik dibungkus dan diikat dengan getah, namun 2016 memperkenalkan wajah terbaru laksa tempatan. Laksa tersebut dijual di dalam cawan plastik dan cara memakannya adalah dengan menyedut laksa menggunakan straw.
6. Roti tisu 'menara'
Buat pelanggan tegar kedai mamak, paling tidak pasti anda pernah order roti tisu seperti ini sekali. Roti tisu sememangnya sangat halus dan nipis. Gula dan susu yang ada pada roti tersebut menaikkan lagi rasa keenakan roti yang sangat rangup. Selain itu, buat tahun 2016, roti ini menjadi trend yang dihasilkan dengan beberapa penambah selera seperti coklat dan sebagainya.
7. Gula-gula berasap
Kalau anda ingat hanya rokok atau vape saja yang berasap apabila dihisap oleh seseorang, anda salah! Tahun 2016 juga memperkenalkan sejenis gula-gula yang mengeluarkan asap. Katanya trend ini bermula di Pontian, Johor dan seterusnya merebak terus ke seluruh negara. Yang *best*nya bila makan gula-gula ni, mulut anda akan mengeluarkan asap. Fuhh, dah macam kat luar negara lah pulak!
8. Air minuman gunung berapi
Kenapa ia dipanggil gunung berapi? Ini disebabkan buih-buih air tersebut yang meleleh-leleh. Kebanyakan air minuman seperti adalah minuman yang berasaskan susu. Sebab itulah ia berbuih!
9. Minuman hipster
Buat kaki-kaki kafe pula, kopi-kopi dan minuman hipster mesti pernah dicuba mereka. Macam-macam style kopi ada. Ada dalam cawan lah, balang air lah, beg darah lah dan banyak lagi. Semua pun tak nak mengalah!
Nampaknya 2016 akan melabuhkan tirainya. Bagaimana pula dengan 2017? Apakah trend makanan dan minuman terbaru menanti kita?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!