Mahu Tukar Tarikh Tiket ‘Flight’ Secara Online? Ikuti 6 Langkah Mudah Ini
Lepas ni bolehlah cuba. Mudah je!
Cover image via AirlinersMungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai perkara ini. Anda boleh menukar tarikh tiket flight anda melalui online sahaja.
Buat penumpang-penumpang AirAsia, anda boleh menukar tarikh tiket penerbangan anda secara *online*, dengan syarat anda perlu ada akaun Air Asia yang membolehkan anda untuk *manage booking* secara *online*.
Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu [Linda Livan George](https://www.facebook.com/livanGeorge87/posts/1936468693231680) melalui satu *post* miliknya pada 10 Julai lalu yang telah mendapat 20,000 *shares*.
Menurutnya, untuk menukar tarikh tiket kapal terbang, tiket tersebut mestilah 48 jam sebelum waktu penerbangan dan pastikan anda belum *check in*. Diingatkan juga, caj berlebihan juga akan dikenakan kepada sesiapa yang ingin menukar waktu tiket penerbangan mereka.
Image via SBS
Jadi, bagaimanakah cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik edit itinerary
Image via Linda Livan George/Facebook
Dalam pilihan *edit itinerary* anda boleh *change/upgrade flight* atau *split booking.* Klik *change/upgrade flight*.
2. Pilih tarikh
Image via Linda Livan George/Facebook
Pilih tarikh yang anda mahu tukar dan klik *continue*.
3. Pilih penambahan lain
Image via Linda Livan George/Facebook
Akan keluar ruangan untuk anda beli makanan, *seat*, insuran, hotel, bas dan *red carpet* sebagai penambahan. Tandakan ruang yang disediakan di bawah dan klik *continue*.
4. Lihat harga tiket baru
Image via Linda Livan George/Facebook
Satu paparan akan keluar menunjukkan harga tiket terbaru anda. Seperti di atas, harga tiket sebelumnya ialah RM318.90. Caj yang dikenakan untuk pertukaran tiket adalah sebanyak RM139.62.
5. Review dan confirm flight anda
Image via Linda Livan George/Facebook
*Review* dan *confirm*-kan flight anda.. Sekiranya segalanya ok, *tick* pada terma & syarat kemudian pilih cara bayaran yang ingin dibuat.
6. Selesai
Image via Linda Livan George/Facebook
Satu paparan akan keluar menunjukkan tempahan anda sudah *confirmed*. Harga total tiket juga dipaparkan.
Jika anda kurang faham mengenai harga tiket tersebut. Baca penjelasan Linda di bawah:

