Tun M: Saya Akan Ambil Alih Portfolio Pendidikan Malaysia

Beliau telah mengumumkan perkara ini pada sidang media diadakan pada 17 Mei.

  • Cover image via NST
  • Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar telah mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Kementerian Pendidikan

    • Tun Dr Mahathir telah membuat pengumuman itu selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Yayasan Selangor, Petaling Jaya pada 17 Mei, hari ini.

  • Ketika ditanyakan oleh para media tentang sebab kenapa beliau ingin mengambil alih portfolio Kementerian Pendidikan, ini merupakan jawapan Tun Dr Mahathir sendiri:

    • "Saya ingin mengambil alih portfolio pendidikan kerana saya fikir ramai orang tidak berpendidikan di negara ini. Jadi, saya fikir saya akan memberikan lebih tumpuan kepada perkara tersebut," katanya.

  • Selain itu, Tun M juga berkata bahawa cara pengajaran di Malaysia adalah “ketinggalan zaman,” oleh itu beliau perlu membuat keputusan tentang cara untuk memperbaharuinya

    • Saksikan sidang media penuh di bawah:

    • #PetalingJaya Press conference on the meeting of Pakatan Harapan Presidential Council, chaired by Tun Dr. Mahathir Mohamad #NSTTV

      Posted by NST Online on Wednesday, May 16, 2018
  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

Most-read stories today

Leave a comment