Jangan Minta Password WiFi Dan 11 Lagi Benda Yang Korang Tak Patut Buat Bila Datang Beraya
Ingat tau, itu rumah orang bukan rumah korang!
1. Jangan datang awal sangat
Hari raya pertama tu jangan datang awal sangat. Sebab biasalah hari pertama pagi-pagi kan semua orang ke masjid untuk solat sunat hari raya. So kalau korang datang awal-awal sangat nanti tak ada siapa dapat layan. Kalau tuan rumah dah balik masjid pun bagilah masa sikit diorang bersalam-salaman sesama keluarga dulu. Ni tak, tuan rumah baru je nak buat scene nangis-nangis, korang dah sampai depan pintu rumah. Spoiled mood betul!
2. Jangan datang rumah orang tengah-tengah malam
Ni lagi satu. Kalau nak datang beraya tu tolonglah tengok masa. Jangan dah malam sangat baru nak sampai rumah orang. Tuan rumah tu dah lah dari pagi sampai ke malam melayan tetamu. Baru nak lelap mata, korang pulak sampai. :(
3. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sedondon dengan langsir
Kalau dah nampak tu jangan tanya. Buat diam je. Sesetengah orang memang ada jenis perangai macam ni. Diorang suka sedondon bila hari raya. Kadang-kadang bukan baju je sedondon dengan langsir. Kadang-kadang dengan sofa pun boleh jadi sedondon. Sama ada tuan rumah memang saja buat macam tu ataupun tak cukup bajet. :P
4. Jangan bagi anak main langsir tuan rumah
Budak-budak kecil ni memang suka main dekat langsir. Diorang suka menyorok dalam tu. Jadi sebagai ibu bapa pastikan anak anda tak bermain dengan langsir tuan rumah. Kejap lagi jatuh, sia-sia saja anak anda kena hempap. Lagipun tu kain langsir baru tu. Nanti koyak kesian tuan rumah.
5. Pastikan anak-anak tak ambik angpau berkali-kali
Ibu bapa please alert dengan anak-anak korang. Kalau dah tahu anak dah dapat angpau tapi dia beratur sekali lagi nak ambil angpau jangan biarkan. Bukan apa, kesian tuan rumah. Elok-elok dia dah allocate duit untuk budak-budak nanti tiba-tiba short pulak. Hehe...
6. Jangan buka angpau depan tuan rumah
Haaa ini peringatan untuk ibu bapa supaya ingatkan anak-anak agar tak buka angpau depan tuan rumah. Tak berapa manis bak kata orang. Lagi-lagi kalau anak anda tu jenis slumber je baik elakkan. Nanti dia complain pula dapat duit tak berapa banyak hehe. Orang dewasa pun jangan buat perangai macam ni ya.
7. Jangan pandai-pandai tukar channel TV rumah orang
Dah masuk rumah orang tu duduklah diam-diam. Dah lama tak jumpa kan? So berborak sakan lah. Janganlah pergi alih channel TV tuan rumah pula. Apa saja tuan rumah buka, korang tengok je. Jangan banyak cerita. Kita datang raya ni nak menziarah bukan nak tengok wayang. Betul tak?
8. Jangan sibuk tanya orang bila nak kahwin
Ini yang selalu buat tetamu spoiled mood. Belum panas punggung lagi dah kena soal siasat macam-macam. Yang muda-muda tu kalau kena tanya ok lagi, tapi kalau kena dekat yang berusia sikit tu. Sedih diorang. Takpelah jodoh belum sampai lagi.
9. Jangan masuk dapur rumah orang
Waktu raya ni elakkan masuk sampai ke dapur. Selalunya time raya ni dapur agak bersepah sedikit. Yelah tetamu tak putus-putus datang dari pagi sampai ke malam. Tuan rumah sampai tak sempat nak kemas dapur. Jadi, bila dah sampai rumah orang tu, duduk je diam-diam kat ruang tamu tunggu juadah sampai.
10. Jangan tumpang buang air kalau tak pandai nak flush
Kami yakin ini memang selalu terjadi. Ingat bila dah guna tandas tu janganlah lupa jirus atau flush. Dah pandai guna, pandailah uruskan. Nanti tak pasal-pasal rumah tuan rumah bau semacam pulak. Dah lah raya ni korang hentam makan macam-macam!
11. Kalau kuih tak sedap diam je
Bila tuan rumah dah jamu kuih muih tu korang makan jelah. Kalau tak sedap senyap je, kalau sedap pujilah tuan rumah. Kadang-kadang kuih ni bukan tuan rumah yang buat pun, dia beli je. Dan kalau betul dia buat tak sedap pun tak apalah, dah setakat tu je yang dia mampu. Karang elok-elok tuan rumah gembira korang datang, dah masam muka pulak kena kondem. Hmmm...
12. Jangan minta password WiFi rumah orang
Ini lagi satu perangai yang perlu korang elakkan. Tolonglah jangan minta password WiFi tuan rumah. Kita kan datang nak beraya bukan nak main gajet. Kan lebih elok kalau kita berbual, dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Lagipun waktu beraya ni lah banyak benda nak cerita sebab dah lama tak bersua. Eh, gosip best apa kan? Haha...