seismik

[VIDEO] Dato Aliff Syukri 'Terlajak Mengamuk' Bibik Kantoi Curi Duit Dan Barang Isteri

"Dia ingat dia bini aku!"

Cover image via Aliff Syukri Terlajak Laris

[TERKINI] Dato Aliff Syukri mohon maaf, perjelas isu bibik mencuri dalam video terbaru

Kes bibik Dato Aliff Syukri kantoi mencuri nampaknya menjadi satu topik perbualan hangat oleh orang ramai sejak semalam. Mana tidaknya, video konfrontasinya bersama seorang bibik yang dimuat naik mendapat ribuan shares dalam masa yang singkat.

Dan pada pukul 6.59 petang semalam, Dato Aliff Syukri memuat naik satu lagi video, kali ini mengenai penjelasan sebenar kes tersebut bersama seorang agen pembantu rumah yang dikenali sebagai Puan Era.

Dalam video tersebut, beliau turut memohon maaf kerana menimbulkan kekecohan dan kerana bersikap kasar kepada pembantu rumahnya itu.

Lihat di bawah:

ini penjelasan agen saya

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, June 14, 2017

14 JUN 2017: Belum sampai 5 jam dimuat naik, video Dato Aliff Syukri mengamuk telah mendapat lebih daripada 4 ribu shares

Pagi tadi, Dato Aliff Syukri memuat naik dua buah video Facebook Live menunjukkan konfrontasi beliau bersama 3 orang bibik yang kantoi mencuri di rumahnya. Beliau mendakwa pembantu rumahnya itu telah mencuri sejumlah wang, pakaian isterinya, dan beberapa barang yang lain.

Situasi dalam dua buah video berdurasi 11 minit 28 saat dan 8 minit 28 saat setiap satu itu tampak begitu tegang.

Menurut Dato Aliff Syukri, salah seorang daripada mereka baru saja bekerja selama sebulan

Beliau tidak dapat mengawal kemarahan apabila mendapat tahu pembantu rumahnya telah melakukan khianat ke atas dirinya dan keluarganya.

Selama bekerja di kediamannya, Dato Aliff Syukri mendakwa beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan pembantu rumahnya dengan memberi makan yang cukup, beri duit raya, baju raya, malah turut membelikan set mekap.

Pembantu rumah tersebut dilihat merayu dan bersujud di kaki Dato Aliff memohon maaf dan berjanji tidak akan mencuri lagi

Sejurus memberitahu hasrat beliau ingin melaporkan kes ini kepada polis, pembantu rumahnya dilihat merayu sambil menangis serta bersujud di kaki beliau.

Walaupun begitu, Dato Aliff Syukri yang begitu marah tidak termakan dengan pujuk rayu pembantu rumahnya itu dan tetap ingin menyerahkannya kepada polis.

"Bibik pencuri. Dia ingat dia bini aku! Saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia, siap belikan make up hias wajah. Dia tak buat kerja pun saya tak marah, ini yang dibalas kepada saya," tulis Dato Aliff Syukri di Facebook.

Tonton dua video tersebut di bawah:

bibik pencuri dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya... nak vedio pasal maid mencuri ni boleh ke youtube canel: tvterlajaklaris sbb teralu panjang citer yee geram saya..

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, June 13, 2017

bibik pencuri dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya... nak vedio pasal maid mencuri ni boleh ke youtube canel: tvterlajaklaris sbb teralu panjang citer yee geram saya..

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, June 13, 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Januari lepas, Dato Aliff Syukri memohon maaf setelah didakwa mengaibkan peniaga dalam satu video DI SINI:

You may be interested in: