[VIDEO] Wanita Ini Dikecam, Tak Tahu Malu Rakam Video Tak Senonoh Untuk Promosi Produk
"Sekali cuba nak lagi, tiga round sehari"
Cover image via SAYSLepas satu, satu video 'aneh' viral muncul di laman Facebook. Kalau sebelum ini video seorang gadis bernama Bella bersama produk bakar lemak tersebar luas di laman sosial, minggu ini satu video yang menampilkan seorang wanita bersama satu produk juga menjadi viral di laman Facebook.
Punca utama video ini menjadi viral kerana penggunaan ayat dan kata-kata yang boleh kami katakan **memang tak senonoh!**
Kalau betul lah pon nak buat *marketing* rasanya tak perlulah sampai nak berkelakuan macam ni…kan?
Image via Kaki Share/Facebook
Video berdurasi 3 minit itu memaparkan seorang wanita yang bercerita mengenai kisah rumahtangganya (hubungan intim) yang semakin suram kerana penggunaan produk keintiman yang tidak berkesan
Image via Kaki Share/Facebook
Situasi video ini boleh dikatakan agak sama dengan video **Bella.** Tetapi penggunaan kata yang digunakan agak keterlaluan dan sememangnya tidak senonoh. Kami sendiri tak sanggup
Katanya, produk tersebut menjanjikan beliau kelihatan cantik. Tetapi sebaliknya, beliau sering dikritik oleh suaminya yang dikatakan tidak puas semasa menjalani hubungan intim. Tiada ghairah!
Apa yang lebih menggelikan apabila perkataan tidak senonoh yang diungkapkannya itu asyik berkali-kali diulang oleh *cameraman* yang seolah-olah sangat suka dengan situasi tersebut.
Apabila kami tonton sehingga habis, kami dapat rasakan ini sebenarnya teknik *marketing* yang mereka gunakan untuk mempromosi sebuah produk yang bernama **JUS KHAZANAH**. Yelah, zaman sekarang kan zaman viral. Jadi, mungkin ada sesetengah pihak berfikir, beginilah caranya bagi mendapatkan jalan mudah untuk memperkenalkan sesuatu jenis produk. Betul tak?
Image via Kaki Share/Facebook
Biasalah bila dah jadi viral, semakin ramailah yang akan memberi komen apatah lagi mengutuk. Apabila menyusur ke ruang komen, ini antara jenis komen netizen yang kami baca:
1. "Dulu ok. Lepas minum jus terus hilang maruah."
Image via Kaki Share/Facebook
2. "Tak tertarik langsung nak beli lepas tengok video ni."
Image via Kaki Share/Facebook
3. Nampak macam memperbodohkan produk Melayu
Image via Kaki Share/Facebook
4. Marketing produk Melayu dah macam tiada maruah
Image via Kaki Share/Facebook
5. "Orang tua tak sedar diri. Dah sangap sangat ke?"
Image via Kaki Share/Facebook
6. Sedih, semak dan menyampah
Image via Kaki Share/Facebook
Jika benarlah ini antara stratergi yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk mempromosikan produk mereka, kami nasihatkan kalau boleh perlulah ada hadnya. Penggunaan kata-kata yang dikeluarkan pun perlulah diambil kira. Betul tak?
Image via giphy.com

