[VIDEO] Siapa Sangka Pelajar Autisme Peminat No 1 Dato Siti Ini Boleh Menyanyi Macam Pro
"Adik ni suka sangat menyanyi, tapi dia nyanyi lagu Dato Siti je", kata Nurul Shuhada.
Sejak minggu lalu lagi, video ini telah viral di Facebook yang menunjukkan seorang pelajar autisme berkongsikan minatnya yang mendalam terhadap Dato Siti Nurhaliza
Video ini telah dimuatnaik oleh Nurul Shuhada, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah pada 12 April lalu bertujuan untuk berkongsikan minat pelajarnya terhadap Dato Siti Nurhaliza.
Menurut Nurul, pelajarnya yang dikenali dengan nama Syuhada ini merupakan seorang penghidap autisme.
Pada permulaan klip video tersebut, Syuhada memperkenalkan dirinya dan juga menyatakan bahawa dia amat meminati Dato Siti Nurhaliza. Menerusi video itu juga, Syuhada telah memuji kecantikan Siti dan memaklumkan bahawa dia menggunakan produk kecantikan SimplySiti.
Sambungan dari video tersebut, Nurul juga memuat naik sebuah lagi video yang memaparkan Syuhada sedang menyanyikan lagu popular Dato Siti
Menerusi video selama 4 minit 5 saat ini, Syuhada kelihatan sedang menyanyikan sebuah lagu popular yang didendangkan oleh Dato Siti berjudul 'Biarlah Rahsia'.
Kehebatan suara Syuhada telah menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat tontonan lebih 200 ribu, manakala posting oleh Nurul Shuhada telah dikongsi sebanyak 11,140 kali semasa artikel ini ditulis.
Nama Syuhada serta merta menjadi bualan orang ramai. Lebih menarik, bakat nyanyian Syuhada turut mencuri perhatian idolanya sendiri iaitu Dato Siti
Menurut Dato Siti, beliau amat menghargai golongan sebegini dan mendoakan agar Syuhada berjaya dalam kehidupannya.
"Saya sudah pun menonton video itu dan saya ingin berterima kasih kepada Adik Syuhada kerana meminati saya dan sangat menghargai usahanya yang sudi menyanyikan lagu saya. Insya Allah jika ada rezeki dan kelapangan kami pasti akan berjumpa satu hari nanti. Saya doakan dia akan berjaya dalam hidup. Ini kerana setiap hamba Allah pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Memang ramai dalam kalangan insan istimewa yang meminati dan ingin bertemu artis kegemaran mereka. Saya menyedari tentang perkara ini dan jika terdapat acara yang saya hadiri atau terjumpa di mana-mana, saya akan berusaha mencuri masa untuk melayan dan menghiburkan mereka," kata Dato Siti lagi.