[GAMBAR] Terpegun Gila Dengan Wajah Baru KL Sports City. Sangat Canggih Dan 'World Class'!

Ternganga tengok.

  • Kompleks Sukan Negara kini telah bertukar wajah baru yang lebih moden dan segar, dan turut diberi nama baru; KL Sports City

    • KL Sports CIty (KLSC) bakal menjadi salah sebuah bandaraya sukan dan pusat hiburan antarabangsa yang paling ikonik dan tersendiri di rantau Asia.

      says.com

    • C_To4iHUIAAJ2KK
    • Sebagai hab sukan yang dibangunkan semula dan bersepadu sepenuhnya, KLSC mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada infrastruktur bertaraf dunia yang setaraf dengan pusat sukan dan hiburan bertaraf dunia yang lain.

      says.com

    • Projek pemulihan dan pembangunan semula ini termasuk menyediakan kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi, pusat sains pemulihan sukan, taman belia, kemudahan sukan awam, muzium sukan, asrama belia, pusat konvensyen, dan pusat beli-belah yang berfokus pada sukan.

      says.com

  • Terdapat lima stadium utama di KLSC iaitu Stadium Nasional, Axiata Arena, Pusat Akuatik Negara, Pusat Skuasy Kebangsaan, dan Stadium Hoki Kebangsaan

  • Stadium Nasional kelihatan sangat sofistikated!

    • Stadium Nasional merupakan arena sukan paling penting dan berprestij di negara ini. Ia adalah satu-satunya stadium di Malaysia dengan kapasiti 85,000 tempat duduk, menjadikannya yang terbesar di Malaysia, ke-2 terbesar di ASEAN, dan ke-11 terbesar di dunia.

      Bangunan yang megah ini baru dinaik taraf. Fasad ditambah di keliling bangunan dan reka bentuk dalaman dibina mengikut piawaian bertaraf dunia yang terdiri daripada kemudahan teknologi tinggi dan terkini.

      says.com

      • 4326 Image via skyscrapercity
        Fasad akan dinyalakan pada waktu malam dalam pelbagai warna.
    • Juga dilengkapi dengan Royal Lounge dan Corporate Suites yang mewah untuk tetamu VIP, Stadium Nasional bersedia untuk menjadi arena sukan gilang-gemilang yang mampu memenuhi keperluan semua orang.

      says.com

  • Axiata Arena tidak kurang hebatnya!

    • Axiata Arena (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra) yang terletak di belakang Stadium Nasional adalah projek perkongsian stadium pertama yang menggabungkan penjenamaan korporat di Malaysia.

      says.com

    • Ia mempunyai kapasiti 13,000 tempat duduk dan akan menjadi arena inspirasi dan ikonik untuk rakyat Malaysia. Axiata Arena akan menjadi mahkota untuk KL Sports City, dilengkapi dengan teknologi terkini dan kemudahan kelas dunia untuk menganjurkan acara indoor.

      says.com

    • Setelah selesai dinaik taraf, Axiata Arena akan setaraf seperti Staples Center di Los Angeles, O2 Arena di London, dan Mercedes-Benz Arena di Shanghai sebagai arena sukan dan hiburan bertaraf dunia.

      says.com

  • Lihat lagi koleksi gambar KL Sports City di bawah:

  • 1. Bahagian luar

  • 2. Bahagian dalam Stadium Nasional

  • 3. Stesen LRT Bukit Jalil pun nampak bergaya!

  • Terbaik kan? Siapa-siapa yang tengok confirm akan rasa terpegun. Rasa excited pulak nak tunggu Sukan SEA!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Jom layan gambar MRT pulak!

Leave a comment