3 Ekor Kucing Gadis Ini Mati Sekelip Mata Diracun Jiran. Kejam Sungguh!

Apabila manusia tak lagi bertindak seperti manusia. 🙁

Enlarge text
Cover ImageCover image via Farah Fasci/Facebook

Saat kami membaca post ini di Facebook, kami sendiri terkejut dan bengang. Bagaimanalah seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran tergamak membunuh 3 ekor kucing yang tidak berdosa?

Cerita tersebut dikongsi oleh [Farah Fasci](https://www.facebook.com/farah.fasci/posts/1157883017576130) di laman Facebook yang mana ketiga-tiga ekor kucing kesayangannya mati setelah memakan ikan bilis beracun yang dipercayai dilakukan oleh jirannya sendiri.

Anda baca dan nilai lah sendiri.

Farah menganggap ini antara peristiwa pahit buat beliau sekeluarga. Pada awalnya seekor saja mulut berbuih tetapi selepas itu…

Kucing 1: Kucing kesayangan mak, sangat manja

Image via Farah Fasci/Facebook

Plastik yang mengandungi racun.

Image via Farah Fasci/Facebook

Betapa pilunya hati mereka melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati di depan mata mereka sekeluarga. Pelbagai penawar yang diberi tetapi ternyata tidak berhasil.

Sisa ikan bilis kami campak kedalam longkang, takut dimakan kucing lain. (Patut bagi orang tu makan balik!)

Image via Farah Fasci/Facebook

Kucing 2: Baru melahirkan anak minggu lepas. Kini tinggal anak2nya tanpa ibu..

Image via Farah Fasci/Facebook

Apa yang lebih mmembuatkan beliau sedih salah seekor kucingnya yang mati itu baru saja melahirkan anak dan seekor lagi sedang bunting dan hanya menunggu masa saja untuk beranak

Kucing 3: Tengah sarat bunting..sampai tercirit menahan sakit..

Image via Farah Fasci/Facebook

Rumah suspek.

Image via Farah Fasci/Facebook

Rumah suspek.

Image via Farah Fasci/Facebook

Sedia maklum, kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W tetapi mengapa kita manusia yang diberi akal fikiran sangggup melakukan perkara sedemikian rupa?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah mengenai kucing diracun: