seismik

[GIVEAWAY] Yonder Music Nak Bagi Tiket Konsert BIGBANG Bernilai RM960 Kepada Anda!

Cepat cepat sebelum terlambat!

Cover image via bigbangupdates.com

Kumpulan sensasi K-Pop, BIGBANG kembali menggegarkan Stadium Merdeka pada 1 Oktober 2016 ini!

Konsert yang diberi nama 'BIGBANG 2016 Made (V.I.P) Tour in Kuala Lumpur' ini akan berlangsung pada 7.30 malam.

Kumpulan BIGBANG yang dianggotai G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri sebelum ini pernah beraksi secara langsung di tempat yang sama pada tahun 2012 ketika menjayakan konsert 'BIGBANG Alive Galaxy Tour' yang mana disaksikan lebih 12,000 peminat.

Manakala tahun lalu, BIGBANG sekali lagi hadir mengadakan konsert 'BIGBANG 2015 World Tour Made in Malaysia 2015' di Stadium Tertutup Bukit Jalil dan dibanjiri lebih 15,000 penonton.

Bagi sesiapa yang terlepas dua konsert sebelum ini, inilah masa untuk anda merealisasikan impian menyaksikan bintang kesayangan anda beraksi di atas pentas!

Berdasarkan pengalaman dua konsert yang lepas, BIGBANG tidak sama sekali mengecewakan para peminat mereka. Showmanship yang ditunjukkan, disamping nyanyian, tarian dan segala gimik yang dipersembahkan ternyata bertaraf antarabangsa. Para peminat tegar tidak pernah puas dengan aksi bertenaga BIGBANG dan pasti mahu hadir ke konsert mereka kali ini.

Berita baik bagi pelanggan Celcom FIRST atau Xpax dan pengguna Yonder Music. Sepasang tiket konsert BIGBANG bakal menjadi milik anda!

Yonder Music merupakan perkhidmatan muzik digital baru yang menyediakan pelanggan Celcom FIRST™ dan Xpax dengan akses kepada berjuta-juta lagu untuk dimuat turun dan dimainkan secara percuma.
 
Aplikasi ini menggabungkan perkhidmatan muat turun dengan perkhidmatan strim muzik.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web www.yondermusic.com.

Yonder Music menyediakan:
 
- Muzik tanpa yuran langganan
- Muzik tanpa internet
- Penstriman berjuta-juta lagu percuma dengan ciri-ciri penuh
- Muzik & penemuan sosial dan perkongsian
- Kandungan eksklusif dan pengalaman yang tidak boleh dibeli oleh wang Ringgit

Image via amanz.net

Bukan itu sahaja, Yonder Music juga mempunyai 'Yonder Artist Month'. Dan untuk bulan ini, Yonder Music akan memberi tumpuan kepada kumpulan BIGBANG!

Sepanjang bulan ini, rentak menjadi lebih rancak dengan 'Yonder Artist Month'. Hanya muzik terhangat dari artis paling popular dan untuk 4 hari "surprise" sahaja, BIGBANG akan menjadi tumpuan eksklusif!

Setiap hari, Yonder Music mengumumkan siapakah 'Yonder Artist Month' untuk hari tersebut. Pengguna kemudian perlu mencari, mendengar dan berkongsi seberapa banyak yang mereka boleh untuk menjadi salah seorang dari 5 pengguna yang paling aktif.

Lima pengguna ini akan diberi hadiah wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang. Pada hari-hari "surprise" untuk BIGBANG, selain RM200, 3 pengguna yang paling aktif akan memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan BIGBANG secara live di KL pada 1 Oktober nanti bertempat di Stadium Merdeka.

Bukan setakat bulan ini, setiap bulan juga Yonder Music akan memberi ganjaran kepada pengguna setia mereka! Memang bagus untuk penggemar muzik.

Dengan kolaborasi bersama SAYS, Yonder Music ingin menghadiahkan sepasang tiket konsert BIGBANG bernilai RM960 kepada pembaca kami yang bertuah!

Image via SAYS

Macam mana nak menang?

1. Share artikel ini di Timeline FB anda.
2. Beritahu kami 'SIAPAKAH AHLI BIGBANG KEGEMARAN ANDA DAN KENAPA.' di sini: http://bit.ly/giveawaybigbang

Giveaway ini akan tamat pada Selasa, 27 September 2016 pada jam 11.59pm.

PENTING: Pastikan anda muat turun aplikasi Yonder Music di Google Play Store atau Apple App Store sebelum giveaway berakhir.

Yonder Music adalah aplikasi penstriman muzik khas untuk pelanggan Celcom FIRST dan Xpax SAHAJA. Jika anda bukan pelanggan Celcom FIRST atau Xpax, anda perlu mendapatkan pelan tersebut terlebih dahulu dari mana-mana outlet Celcom sebelum 27 September 2016.


Mudah bukan?

Sekali lagi kami ulang, anda hanya perlu share artikel ini dan tinggalkan komen anda di sini: http://bit.ly/giveawaybigbang

Segala Terma & Syarat telah kami letakkan pada pautan di atas.

Semoga berjaya! ;)

You may be interested in: