Yuna Pecah Rekod Album ‘Chapters’ Masuk Carta Top 10 Billboard Setanding Beyonce!
'Who run the world? Girls, girls!'
Cover image via Instagram @yunamusicYuna mencapai satu lagi kejayaan dalam karier muziknya apabila album terbarunya, 'Chapters' berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard
Selepas mengeluarkan *single* terbaru bersama pemenang Grammy 9 kali Usher, Yuna kini mengorak langkah lebih jauh. Album terbarunya, 'Chapters' berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard dalam kategori Album R&B terbaik.
Image via Instagram @yunamusic
Yuna menduduki tangga kelapan, manakala Beyonce mendahului di tempat pertama, diikuti Rihanna di belakang Beyonce
Boleh dikatakan, karya yang dihasilkan Yuna untuk album kali ini seolah-olah setanding dengan dua penyanyi yang berasal dari Amerika ini.
Bayangkan dapat masuk Top 10 bersama bintang-bintang ternama dunia, ia merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan buat Yuna!
Image via www.billboard.com
Untuk makluman, Yuna merupakan penyanyi tempatan kedua selepas Zee Avi yang berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard. Makin lama makin hebat artis Malaysia!
Selepas Zee Avi, kini Yuna pula menempah nama dalam carta Billboard melalui album 'Chapters' yang baru saja dilancarkan. Penyanyi yang berasal dari Subang Jaya ini akhirnya mengeluarkan album tersebut selepas berbulan-bulan mempromosikannya kepada para peminat.
Gadis emas Malaysia ini nampaknya tidak akan berhenti di sini. Perjalanan masih jauh buat Yuna *and only sky is the limit*. Kolaborasi hebat bersama Usher untuk lagu 'Crush' tampak begitu membuahkan hasil. Koleksi lagu yang dimuatkan dalam album ini juga mendapat perhatian ramai peminat dari dalam dan luar negara.
Sebelum ini, album sulung Zee Avi yang berjudul 'Brushfire Records & Monotone Present: Zee Avi' mendapat tempat ke-130 dalam Billboard 200 dan No. 2 dalam carta Top Heatseekers pada 2009. Album keduanya pula 'Ghostbird' yang diterbitkan pada 2011 berjaya menduduki tangga teratas!
