Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

8 Petua Penting Supaya Alat Dapur Kayu Tahan Lebih Lasak

Boleh guna sampai 5 tahun!

Kita mesti tak sedar ada tabiat buruk ini kan masa bersihkan alat dapur kayu?

Image via Mashable

Rendam terlalu lama dan biarkan alat itu kering sendiri.

Sebab itu lah alat dapur kayu kita cepat reput, pecah dan kadang berkulat!

Alat dapur kayu ini sememangnya cantik dan estetik, ringan pun ringan masa memasak. Sangat berguna! Tapi tau tak, perkakas kayu ini ada cara bersihkan dan penjagaan yang tersendiri berbeza dengan perkakas besi yang lain.

Berikut merupakan 8 petua yang boleh diamalkan:

1. Pastikan anda bilas segera selepas guna

Image via g-m-i.net (Blogspot)

Selepas guna, terus bilas dan basuh peralatan dapur anda. Jangan rendam! Rendam lama-lama akan mengakibatkan peralatan dapur anda repuh, pecah dan rosak. 

2. Keringkan menggunakan kain segera selepas basuh

Image via Impiana (Blogspot)

Jangan biarkan alat dapur kayu anda kering sendiri selepas basuh. Perkara ini akan menyebabkan kayu menyerap air lebihan yang akan merosakkan bentuk alat dapur kayu anda. 

3. Guna campuran baking soda dan jus lemon untuk hilangkan kotoran

Image via modernmom (Blogspot)

Kadang susah nak bersihkan sisa kotoran seperti kunyit atau rempah yang melekat di alat dapur kayu? Gunakan campuran ini, confirm hilang terus. Bersih pula tu!

Cara-caranya:

  1. Campurkan satu sudu kecil baking soda dan perahkan lemon untuk dijadikan pes. 
  2. Tuang campuran pes itu ke alat dapur kayu yang hendak dibersihkan.
  3. Gunakan kain atau jari anda.
  4. Bilas menggunakan air.

4. Basmikan kuman dengan menggunakan hydorgen peroxide

Image via Shopee

Jangan lupa gunakan gloves untuk elakkan terkena pada tangan anda.

Cara-caranya:
1. Letakkan alat dapur kayu anda dalam sinki. 
2. Tuangkan hydrogen peroxide ke atas alat dapur kayu tersrebut. 
3. Gunakan span dan gosok di seluruh perkakas. 
4. Rendam perkakas anda selama beberapa minit untuk pembasmian kuman. 
5. Bilas menggunakan air panas. 

5. Jika anda lama tak gunakan alat dapur kayu, gunakan peluntur untuk menghapuskan kuman terlebih dahulu

Image via hellodoktor (Blogspot)

Gunakan bleach apabila alat dapur kayu anda telah lama tidak digunakan.

Cara-caranya:
1. Letakkan alat dapur kayu ke dalam sinki. 
2. Campurkan peluntur dan air dengan nisbah 1:20. 
3. Tuangkan ke dalam sinki dan biarkan perkakas kayu menyerap campuran itu selama beberapa minit. 
4. Rendam dan bilas menggunakan air panas untuk hilangkan sisa peluntur.

6. Sebagai alternatif yang lebih murah, gunakan campuran air dan cuka untuk menghilangkan kuman

Image via sajiansedap (Blogspot)

Campuran air dan cuka juga merupakan satu agen pembasmi kuman. 

Cara-caranya:

1. Masukkan air dan cuka ke dalam spray bottle
2. Letakkan alat dapur kayu atas kain atau tisu. 
3. Spraykan dengan campuran tersebut. 
4. Biarkan kering.

7. Gunakan span jenis steel wool atau kertas pasir untuk permukaan yang lebih licin

Image via Mashable

Span steel wool dan kertas pasir ini boleh melicinkan permukaan peralatan dapur kayu yang disebabkan direndam terlalu lama.

8. Gunakan minyak untuk alat dapur kayu anda kelihatan persis baru

Image via IKEA

Untuk permukaan yang lebih licin dan shiny, gunakan mineral oil atau minyak kelapa. Jika tiada, boleh gunakan minyak sayur. Barulah alat dapur kayu anda tak nampak dull.

Sapukan minyak tersebut menggunakan kain ke atas alat dapur kayu anda. Biarkan selama 30 minit. Jika ada minyak lebihan, boleh dilapkan menggunakan kain. Fuh, macam baru beli!

Amalkan petua-petua ini supaya alat dapur kayu anda tahan lebih lasak dan tahan sehingga 5 tahun!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan tips-tips lain?

Jom make over dapur:

Dapatkan gajet-gajet dapur yang berguna ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment