Makanan Arab, Korea & 7 Lagi Bufet Ramadan Unik Bawah RM50 Di Lembah Klang. Berbaloi!
Buffet Ramadan yang pelbagai dan murah di sekitar Selangor. Memang puas hati!
1. STREAT Thai @ Jaya One & Bangsar South & Tesco Kepong
Image via Streat Thai
Image via SAYS Makan
Image via SAYS Makan
Streat Thai memang terkenal dengan hidangan Thai yang asli dan lazat. Sempena bulan Ramadan, restoran ini menyediakan bufet ala carte iaitu makanan anda dijamin made-to-order. Untuk pakej RM50, anda boleh menikmati 50 jenis hidangan unik seperti Tom Yum Creamy Soup with Chicken, Pineapple Fried Rice, dan Green Curry Chicken.
Selain dari pakej bufet RM50, Streat Thai juga menawarkan pakej premium yang berharga RM60. Pakej ini mempunyai 10 pilihan extra seperti Pad Cha Fish dan Stir Fried Lala With Chili Paste.
Cawangan Bangsar South
Alamat: Unit G-3, Level G, Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
No. Telefon: +6012-718 0128
Cawangan Jaya One
Alamat: The School, Jaya One, 100-G.001 No, 72a, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
No. Telefon: +03-7496 1297
Cawangan Kepong Village Mall
Alamat: Kepong Village Mall, No 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur.
No. Telefon: +03-6743-0128
Waktu Operasi: 11.30 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
2. Al-Andalus @ Ampang
Image via fbcdn.net
Image via @pelangikita (Instagram)
Image via @bondaummar (Instagram)
Restoran Al-Andalus sememangnya restoran yang terbaik untuk anda yang menggemari hidangan timur tengah. Hanya untuk RM34.90, anda boleh menikmati Mixed Grills seperti Shish Tawook, Lamb Kebab, dan Lamb Chop.
Bukan itu sahaja, bufet ini juga menghidangkan beberapa pilihan nasi arab yang aromatik seperti kabsah, mandi dan briani. Memang sangat memuaskan! Untuk pencuci mulut pula, restoran ini menyediakan chocolate crepe yang pasti akan membuat anda rambang mata.
Alamat: Restoran Al-Andalus, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 12.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +6011-1113 0943
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
3. Hermanos @ Shah Alam
Image via Hermanos / Facebook
Image via @hermanos_restaurants (Instagram)
Image via @hermanos_restaurants (Instagram)
Restoran Hermanos memang terkenal dengan ayam rotisserie yang lazat dan juicy. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka menghidangkan pilihan makanan barat yang sihat. Sempena bulan Ramadan, mereka mengadakan buffet pada harga RM49.90 sahaja.
Antara hidangan menarik di bufet Ramadan mereka ialah Bacon Cheese Burger, Texas Cheese Fries dan Bacon Pineapple Pizza. Memang sesuai buat anda yang ingin menikmati hidangan barat sepuas hati anda!
Alamat: Hermanos, 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +03-5523 1778
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
4. Sweetree Korean Restaurant @ Ampang
Image via Sweetree / Facebook
Image via @uncleepit (Instagram)
Image via @foodbyyxna (Instagram)
Sempena bulan puasa, Sweetree Korean Restauran menyediakan bufet Ramadan untuk RM50 sahaja. Restoran ini menghidangkan lebih dari 25 menu yang berbeza setiap hari tetapi terdapat menu wajib seperti Bibimbap, Korean Fried Chicken With Cheese, Korean BBQ dan banyak lagi!
Bukan itu sahaja, untuk desserts pula, anda boleh menikmati Bingsu dan Hotteok sepuas hati anda. Pastikan anda membuat tempahan beberapa hari sebelum untuk mengelakkan kekecewaan.
Alamat: Sweetree, No. 13, L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 10.30 malam (Setiap hari)
Tutup setiap hari Selasa.
No. Telefon: +03-4287 4685
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
5. Tovista @ KL Gateway Mall
Image via @tovista (Instagram)
Image via @jwschow (Instagram)
Image via @mjie7000_official (Instagram)
Restoran Tovista memang sesuai sekali buat anda yang menggemari hidangan Asian Fusion. Untuk RM29.90 sahaha, anda boleh menikmati pelbagai hidangan lazat seperti Grilled Chicken Chop, Salted Egg Prawn Pasta dan Classic Percik Lamb Rice. Memang puas hati dan berbaloi!
Alamat: Tovista, LOT LG1-26, Gateway Kiaramas, Batu Complex Bussiness Centre, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603 7453 5577
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
6. Polperro Steak House @ Shah Alam
Image via @polperrosteakhouse (Instagram)
Image via @makanapabossku (Instagram)
Jika anda seorang karnivor, Polperro Steak House wajib menjadi destinasi berbuka puasa anda. Restoran ini menghidangkan pelbagai hidangan daging hanya pada RM39.90. Antara hidangan menarik yang disediakan ialah kambing golek, Beef Grill, Lamb Grill, Chicken Chop dan banyak lagi. Dijamin puas hati!
Alamat: Polperro Steak House, No 87, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
5.00 petang - 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +60 19-999 9429
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
7. Pak John BBQ & Steamboat @ eCurve Mutiara Damansara & IOI City Mall Putrajaya
Image via fbcdn.net
Image via SAYS Makan
Image via SAYS Makan
Dengan melebihi 160 jenis makanan, anda pasti tidak akan bosan apabila anda berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ. Untuk RM45.90, anda boleh menikmati daging premium seperti New Zealand Lamb Slices, Australian Beef Slices dan Smoked Duck Slices.
Selain itu, Pak John juga menghidangkan pelbagai jenis daging yang diperap, dim sum, sushi dan macam-macam lagi. Restoran ini juga mempunyai pilihan desserts yang best seperti ais kacang, aiskrim dan waffles tanpa had.
Cawangan eCurve
Alamat: E@curve Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
No. Telefon: +03-7733 3913
Cawangan IOI City Mall Putrajaya
Alamat: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor.
No. Telefon: +03-8957 1128
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
8. Panggang @ Shah Alam
Image via @panggangbbq (Instagram)
Image via @panggangbbq (Instagram)
Image via @panggangbbq (Instagram)
Restoran Panggang menghidangkan pelbagai jenis hidangan fusion barat, Asia dan Thai tetapi specialty restoran ini ialah hidangan panggang yang memang lazat. Untuk RM45, anda boleh menikmati daging-daging panggang sebanyak mana yang anda mahu.
Antara hidangan yang disediakan di bufet ialah Grill Lamb, Grill Chicken, ikan bakar, dan juga pelbagai jenis desserts.
Alamat: Panggang, Lot 2-G, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
5.00 petang - 12.00 malam (Khamis hingga Selasa)
Tutup setiap hari Rabu.
No. Telefon: +6018-372 3317
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
9. Inside Scoop
Image via SAYS Makan
Image via SAYS Makan
Image via fbcdn.net
Sempena bulan Ramadan, Inside Scoop mengadakan bufet aiskrim untuk anda yang ingin menikmati aiskrim artisan tanpa had! Untuk RM32, anda boleh menikmati pelbagai perisa aiskrim yang unik seperti Teh Tarik, Onde-onde, Ais Tingkap dan banyak lagi di cawangan-cawangan Inside Scoop yang tertentu.
Bukan itu sahaja, bufet aiskrim ini juga menyediakan waffles dan apam balik untuk dinikmati bersama aiskrim. Memang nikmat!
No. Telefon: +603-7831 4735
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out resepi-resepi iftar yang menarik ini:
Leave a comment