IKEA Kini Hidang Nasi Hujan Panas & Banyak Lagi Menu Baru Yang 'Best' & Menyelerakan!
Hanya boleh didapati dari 2 Disember hingga 28 Februari tau. Jom serbu!
Siapa bilang Nasi Hujan Panas boleh didapati di upacara istimewa sahaja?
Kini, IKEA juga menghidangkan Nasi Hujan Panas untuk RM8.90 sahaja!
Image via IKEA Malaysia
Lihat sahaja Nasi Hujan Panas yang berwarna-warni, anda pasti akan terliur. Ditambah pula dengan aromanya yang wangi. Memang layan!
Untuk setiap hidangan Nasi Hujan Panas, anda akan mendapat acar timun dan juga kari ayam. Memang berbaloi! Dapatkan menu terhad ini dari 2 Disember hingga 28 Februari sahaja.
Bukan itu sahaja, terdapat juga menu unik seperti Honey Soy Beef Ribs (RM38.90), Cajun Chicken Breast (RM13.90) dan Chicken Lasagne (RM10.90). Meleleh air liur dibuatnya!
Image via IKEA Malaysia
Image via IKEA Malaysia
Image via IKEA Malaysia
Untuk anda yang mahukan hidangan barat, bolehlah menikmati menu-menu menarik di atas. Honey Soy Beef Ribs, Chicken Lasagne dan Cajun Chicken Breast juga hanya boleh didapati dari 2 Disember hingga 28 Februari sahaja tau.
Untuk peminat desserts, IKEA juga memperkenalkan Festive Cupcake (RM4.90) yang comel-comel belaka!
Image via IKEA Malaysia
Image via IKEA Malaysia
Image via IKEA Malaysia
Siapa sahaja yang boleh menahan diri dari menikmati cupcake yang comel ini? Jika anda mahu mencuba semua flavour, anda boleh mendapat 8 kek untuk RM35.90 sahaja di IKEA Swedish Market!
Festive Cupcake hanya boleh didapati dari 1 Disember hingga 31 Disember sahaja. Dapatkan sebelum terlambat!
Menu mana yang anda paling excited untuk cuba? Jom serbu IKEA sekarang! :D
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi promo yang menarik bulan ini:
Leave a comment