Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 1K 'Shares', Ini Resepi Nasi Arab Simple & Sedap. Confirm Jadi!

Kalau ikut semua bahan dan step, memang akan jadi.

Cover image via Mimi Mira (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Makanan Melayu sudah menjadi kebiasaan untuk kita makan di Malaysia

Kadangkala, teringin juga nak makan makanan Arab, India, Barat dan lain-lain bukan? Ada tak pernah rasa malas nak keluar makan sebab nak sediakan makanan dekat rumah saja. Tapi kalau makanan bukan Melayu, sudah pasti ada kekangan sebab tak pasti resepinya. 

Jangan risau, untuk siapa yang sukakan makanan Arab jom belajar buat Nasi Arab mudah dan sedap! 

Image via GIPHY

Bahan-bahan yang digunakan:

Nasi Arab:

  • 5 cawan beras Basmati
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang Holland (saiz sederhana)
  • 4 ulas bawang putih
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Halia
  • Lada hitam
  • Jintan manis
  • Biji ketumbar
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Minyak zaitun
  • Pewarna kuning
  • Garam
  • Perasa (optional)
Salatah Malaysian style:
  • Timun
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Cabai burung
  • Nenas
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Image via Mimi Mira (Facebook)

Cara penyediaan:

1. Kisarkan bahan seperti bawang putih, bawang Holland dan halia. 
2. Tuang dan panaskan minyak. (Boleh guna minyak biasa).

Image via Mimi Mira (Facebook)

3. Tumiskan semua bahan tadi sehingga naik bau. 

Image via Mimi Mira (Facebook)

4. Masukkan ayam ke dalam periuk. 

Image via Mimi Mira (Facebook)

5. Masukkan sedikit air dan kacau. 

Image via Mimi Mira (Facebook)

6. Masukkan dua sudu kecil pewarna kuning. Kalau ada Safron, boleh gunakan juga. Kemudian, masukkan garam dan perasa secukupnya. 

Image via Mimi Mira (Facebook)

7. Selepas itu, keluarkan ayam yang telah masak dan ketepikan.

Image via Mimi Mira (Facebook)

Image via Mimi Mira (Facebook)

8. Tapiskan sup tadi dan keluarkan rempah ratus di dalamnya. Kemudian, masak nasi menggunakan sup ayam itu. Nisbah nasi boleh gunakan 5 cawan nasi: 7 cawan air. Pastikan guna cawan yang sama.

Image via Mimi Mira (Facebook)

9. Bila nasi dah masak, susunkan ayam di atas nasi. 

Image via Mimi Mira (Facebook)

10. Akhir sekali, letakkan arang yang telah dibakar ke dalam mangkuk kecil. Kemudian masukkan mangkuk atas nasi. Tuangkan sedikit minyak supaya nasi Arab anda berasap dan rasa smokey. Akhir sekali, tutup periuk nasi dan tekan butang cook. 

11. Untuk Salatah, campurkan semua bahan. Kemudian masukkan cuka dan gula dan gaul sebati. Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Image via Mimi Mira (Facebook)

Kredit resepi: Mimi Mira (Facebook)

    

Siap dan sedia untuk dihidang, confirm kenyang satu family! Selamat mencuba :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Baca lagi resepi menarik di Seismik Makan:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment