Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

7 Restoran Korea Yang 'Underrated' & Dijamin Halal Di Lembah Klang. Memang Asli & Sedap!

Jom nikmati hidangan Korea yang dijamin halal oleh JAKIM di restoran-restoran di Lembah Klang ini!

1. EID Authentic Korean Cuisine @ Bangi

Image via @alfiethefoodie (Instagram)

Image via @_aidylya (Instagram)

Image via @eid.korea.my (Instagram)

Eid Authentic Korean Restaurant yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Muslim dari Korea sememangnya menyediakan hidangan Korea yang sangat autentik dan sama seperti masakan home-cooked. Apabila berada di Eid, anda wajib sekali mencuba Original Bulgogi iaitu daging yang diperap dan dipanggang untuk rasa yang maksima. 

Alamat
: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.00 malam (Isnin - Sabtu)
11.00 pagi - 10.00 malam (Ahad)

No. Telefon: +6017-310 3227

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook


2. Tae Yang Island 태양섬 @ Cyberjaya

Image via @nz_fd (Instagram)

Image via @lyl_ning (Instagram)

Image via @kucingberlariterlanggarcermin (Instagram)

Tae Yang Island memang sesuai untuk anda yang datang dalam kumpulan yang besar kerana saiz hidangan yang disediakan di restoran ini begitu besar sekali. Menu yang ditawarkan juga sesuai untuk dikongsi beramai-ramai. 

Apa yang menarik dan unik tentang Tae Yang Island ialah mereka menghidangkan pelbagai makanan Korea seperti budae jigae, tteokbokki dan bibimbap bersama Cheese Pot iaitu keju tambahan yang mengelilingi makanan anda. Memang best!

Alamat
: P3-17 Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.30 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +03-8319 1928

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

3. Sweetree Korean Food @ Ampang

Image via @ainrsln (Instagram)

Image via @nabilaizzatybaktiar (Instagram)

Image via @iraaziz (Instagram)

Di Sweetree Korean Restaurant, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan Korea ala carte seperti bibimbap, kimchi jigae, dan kimchi fried rice. Selain itu, anda juga boleh menikmati menu set seperti barbeku Korea atau dakgalbi. Memang best dinikmati beramai-ramai! 

Untuk anda yang mempunyai sweet tooth, Sweetree juga menyediakan pelbagai pilihan bingsu yang menarik sekali seperti mango bingsu, green tea bingsu dan injeolmi bingsu. 

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.30 malam

No. Telefon: +03-4287 4685

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

4. BBQ Chicken @ Putrajaya

Image via @mysonix (Instagram)

Image via @adeyl_anwar (Instagram)

Image via @lea_lyana (Instagram)

BBQ Chicken menghidangkan makanan fusion Korea dan barat. Memang sesuai untuk anda yang mahukan alternatif sihat untuk ayam goreng. 

Apa yang menarik di restoran ini ialah mereka mempunyai Golden Olive Chicken iaitu ayam yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Selain dari ayam goreng, terdapat juga ayam bakar seperti Jerk BBQ dan Charbroiled Chicken. Memang lain daripada lain dan wajib cuba!

Restoran ini juga mempunyai cawangan-cawangan lain. Lihat di bawah:

Cawangan Putrajaya

Alamat: LG-43, LG Floor, IOI City Mall, Lebuhraya Lembah Klang Selatan, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.

Waktu Operasi
: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon
: +603-89578098

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Website

5. Myeongdong Topokki @ Sunway Putra Mall

Image via @ayizahari (Instagram)

Image via @beyondsamyang (Instagram)

Image via @yayaa.rose (Instagram)

Untuk hidangan jalanan Korea yang segera tetapi memuaskan, anda wajib sekali mencuba Myeongdong Topokki. Harganya juga sangat berpatutan di samping mempunyai saiz hidangan yang besar. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat makanan sampingan seperti kimchi, sayur-sayuran dan ikan bilis goreng. Memang sesuai untuk anda yang ingin berjimat dan menikmati sesuatu yang berbaloi! 

Myeongdong Topokki juga ada menghidangkan snek yang unik seperti tokochi iaitu topokki goreng yang disalut dengan sos pedas korea dan juga kimali iaitu glass noodle yang dibalut rumpai laut dan digoreng. Memang lain daripada lain dan sedap! 

Alamat
: LG.312B, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +03-7731 9273

Restoran ini juga mempunyai cawangan-cawangan lain. Dapatkan di bawah:

Cawangan Paradigm Mall

Jalan SS 7/26a, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Cawangan Sunway Pyramid

Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Cawangan IPC Shopping Centre

2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Cawangan Setia City Mall

Persiaran Setia Dagang, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Setia Alam, Selangor.

The Mines Shopping Mall

Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

6. K-Street Cafe @ Subang Jaya

Image via @emaneous (Instagram)

Image via @agentmamasab_ann (Instagram)

Image via @themichaelamio (Instagram)

K-street cafe menghidangkan pelbagai jenis hidangan Korea yang menarik sekali. Di sini, anda pasti akan menjadi rambang mata kerana terdapat pelbagai pilihan makanan Korea seperti makanan jalanan dan juga hidangan berat. 

Antara makanan yang anda wajib cuba di kafe ini ialah Korean BBQ Chicken, On Fire Fried Chicken dan juga Fried Chicken Raboki. Untuk anda yang meminati masakan pedas, K-Street juga menyediakan pelbagai hidangan-hidangan pedas. Memang layan!

Alamat: 28, Jalan SS 15/8, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +03-5632 9822

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook | Instagram

7. Restoran Bangi Dong @ TTDI

Image via @bangidong.hq (Instagram)

Image via @bangidong.hq (Instagram)

Image via @susankiey (Instagram)

Restoran Bangi Dong menyediakan hidangan ala carte di samping menu barbeku mereka. Setiap hidangan yang disediakan rasa seperti makanan home-cooked. Setiap hidangan juga mempunyai harga yang sangat berpatutan. 

Antara hidangan yang ada wajib cuba di sini ialah kimchijjigae (sup kimchi), galbitang (sup daging rusuk) dan samgyetang (sup ayam ginseng). Memang sangat memuaskan! 

Alamat
: Lot 3052, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Wilayah Persekutuan.

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.00 malam (Selasa - Khamis)
3.00 petang - 12.00 malam (Jumaat)
12.00 tengah hari - 12.00 malam (Sabtu - Ahad) 

No. Telefon: +03-7732 5888

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment