10 Duta Jakel Meriahkan Sesi 'Meet & Greet' Sempena Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel
Acara itu diadakan adalah bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan pelanggan dengan Jakel sambil membeli-belah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel 2025 menerusi sesi 'Meet & Greet' di bangunan Jakel Shah Alam, Selangor hari ini
Pengunjung yang hadir berpeluang untuk beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal dan Elly Mazlein.
Turut memeriahkan lagi sesi 'Meet & Greet berkenaan, anggota kumpulan pelawak Senariounion, serta Upin & Ipin termasuk TikToker popular, Sallywho.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
"Kita berharap para pelanggan serta peminat gembira untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
"Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir," katanya ketika ditemui pada majlis sesi 'Meet & Greet' di bangunan Jakel Shah Alam, Selangor hari ini.
Image via Jakeltextile (Facebook)
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49
Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.
"Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
"Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatkan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur," ujarnya.
Image via Jakeltextile (Facebook)
Jelasnya, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.
"Pelanggan yang hadir juga tidak perlu risau tentang ruang beli-belah, kerana ia luas dan selesa.
"Malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment