13 'Mat Rempit' Ditahan Polis, Dibawa Ke Surau & Dengar Tazkirah Subuh Untuk Pengajaran
Semoga semua dapat hidayah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti anda pernah terlihat dan berdepan dengan samseng jalanan di jalan raya bukan?
Antara yang paling banyak dilihat adalah gejala lumba haram di jalan raya sehingga ada yang melibatkan maut.
Sudah tentu, ini perkara yang perlu dibanteras. Tambahan lagi, ia rata-ratanya berlaku dalam kalangan golongan anak muda dan remaja.
Baru-baru ini, 13 orang remaja telah ditahan dalam sebuah Op Samseng Jalanan dan diambil tindakan oleh pihak polis.
Image via JSPT KL (Facebok)
Dibawa solat Subuh berjemaah dan dengar tazkirah
Menerusi sumber, kesemua remaja berkenaan bukan sahaja diambil tindakan dibawa balik untuk dokumentasi, malah dibawa ke surau untuk mendengar tazkirah selepas solat Subuh.
Pengajaran tersebut diberikan kepada mereka yang berusia 14 hingga 19 tahun yang ditahan polis untuk proses dokumentasi di sekitar ibu negara pada Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi.
"Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah, JSPT KL," katanya.
Image via JSPT KL (Facebok)
Image via JSPT KL (Facebok)
Tambah beliau, pendekatan keagamaan tersebut adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu negara.
"Pendekatan keagamaan kepada remaja diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.
"Ibu bapa juga disarankan agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalulintas," katanya.
Semoga mereka insaf dan tak terlibat lagi dengan aktiviti lumba haram :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment