Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Buat Kaki Makan, Ini 5 Restoran ‘Favourite’ Di Sekitar Sekinchan Yang Wajib Anda Singgah

Paling rare restoran yang last tu.

Cover image via ProjekMM

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda pernah berkunjung ke Sekinchan, sudah tentu anda akan terus terbayang sawah padi menghijau terbentang luas di depan mata bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Truly Asia

Seperti mana yang kita tahu, Sekinchan adalah sebuah bandar kecil di pantai barat Malaysia. Ia adalah tempat utama Kilang Pemprosesan Padi dan juga terkenal dengan banyak restoran seafood kerana jaraknya tidak begitu jauh dengan laut.

Namun, bagi anda yang belum pernah sampai di sana pasti akan tercari-cari restoran apa yang menarik untuk dicuba bersama keluarga betul tak?

Kali ini, kami akan kongsikan antara lima pilihan restoran kegemaran dan boleh dikatakan tempat makan viral para pengunjung setiap kali mereka datang ke Sekinchan. Dijamin menarik tau!

1. Faridah Mentarang Bakar

Image via Radien Krowry (Google)

Image via ProjekMM

Kedai ini terletak di Pasir Panjang, Sekinchan. Antara menu wajib dicuba jika anda ke sini sudah semestinya mentarang bakar dan goreng tepung. Keenakan mentarang segar yang baru diambil dari laut memang tiada tandingannya. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan seperti laksa, mee jawa dan nasi goreng.

Waktu operasi: Setiap hari 10AM hingga 5PM (tutup setiap hari Isnin)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: https://www.facebook.com/faridahmentarangbakar/

2. Mee Udang Sri Bandung Seaview

Image via Ivr Sha (Google)

Image via Foursquare

Buat anda yang tergila-gilakan mee udang, restoran ini memang port paling terbaik. Bukan saja udang galahnya yang besar, malah kuah mee bandung juga pekat dan sesedap rasa. Sekali cuba pasti nak repeat lagi. Kalau nak rasa ekstra sikit, anda boleh campurkan juga ketam, udang, sotong dan ikan dalam satu mangkuk. Memang puas!

Waktu operasi: 8AM hingga 11.30AM dan 12PM hingga 8PM
Ketahui info lebih lanjut di Instagram: https://www.instagram.com/zahidi_sribandungseaview/?hl=en

3. Abah Bonda Ikan Bakar

Image via Pusat Internet MCMC

Image via Fattah Sabarudin (Google)

Satu lagi restoran ikan bakar di Sekinchan yang sentiasa diterjah orang ramai adalah Abah Bonda Ikan Bakar. Ia terletak di Teluk Intan, Kampung Sungai Leman Sekinchan. Antara menu yang wajib anda cuba adalah ikan bakar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Dengar cerita mereka ada menu baru iaitu ketam goreng crunchy. Nyums!

Waktu operasi: 9AM hingga 4PM (tutup setiap hari Selasa)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: https://www.facebook.com/Abah-Bonda-Ikan-Bakar-Sekinchan-116068206776209/

4. Kari Sembilang Kg. Pinang

Image via Foursquare

Image via Jamal Abd Nassir (Google)

Restoran ini menyediakan menu istimewa dan terbaik di Tanjong Karang, Selangor. Antara menu yang waijb dicuba adalah kari sembilang, asam pedas sembilang dan asam pedas baung. Sesuai kalau anda dan keluarga ingin mengisi perut untuk makan tengah hari.

Waktu operasi: 11AM hingga 11PM (tutup setiap hari Selasa)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: https://www.facebook.com/RestoranKariSembilangKgPinang/

5. Restoran Selera Rimba

Image via Zaki Salimi (Google)

Image via Mohd Muaz (Google)

Pernah tak anda mencuba makanan eksotik? Haa, apa salahnya jika sesekali cuba makanan lain daripada yang lain pula kan? Restoran ini menyediakan sajian ala Banjar dan Jawa seperti landak, rusa, udang galah, ikan baung, ikan tapah, ayam kampung dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih sama ada ingin masak sambal, asam pedas, masak kicap atau mengikut cita rasa sendiri.

Waktu operasi: 11AM hingga 5PM (tutup setiap hari Jumaat)
Ketahui info lebih lanjut di nombor: 016-3160344 (Pak Hamka)

Menarik bukan kesemua restoran di atas? Masing-masing ada signature menu yang unik dan tersendiri. Rugi kalau tak cuba! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment