Ini 6 Perkara Pelik Yang Akan Dialami Oleh Bayi Baru Lahir. Ibu Ayah Jangan Panik!
Take note ya.
Bayi baru lahir kadangkala ada banyak perkara pelik yang akan terjadi
Kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, sudah pasti akan rasa takut dan risau dengan perkara aneh yang berlaku. Takut ada apa-apa yang terjadi kepada bayi mereka.
Namun, jangan risau, sebenarnya semua perkara itu biasa dialami dan memang normal. Pemilik akaun Twitter @ezzahnor juga berkongsi pengalamannya di media sosial.
Ini antara perkara pelik yang akan dialami bayi baru lahir:
1. Darah pada pampers
Image via Orami
Kebiasaannya, bayi perempuan akan berdarah kerana hormon di dalam rahimnya. Bayi perempuan akan keluar darah haid disebabkan estrogen selepas mereka dilahirkan.
Bagi bayi lelaki pula, darah keluar disebabkan pergerakan usus yang kasar dan mengakibatkan luka pada dubur.
Bayi yang baru selesai sunat juga akan mengalami pendarahan. Jika bayi anda ada ruam lampin, pastikan anda jaga supaya tidak berlaku pendarahan.
2. Cradle cap
Image via @ezzahnor (Twitter)
Cradle cap umpama tompok bersisik atau berkerak yang berminyak pada kepala bayi. Kebiasaannya, jika bayi anda ada cradle cap, anda boleh botakkan mereka.
Cradle cap tak sakit dan tak gatal cuma akan nampak tak bersih.
3. Bintik putih
Image via The Asian Parent
Tompokan putih halus biasa akan muncul sekitar hidung dan mata bayi baru lahir. Ia seakan-akan kelihatan seperti mengelupas.
Jangan risau, ia akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh 4 minggu.
4. Tompok Mongolia
Image via The Asian Parent
Tompok Mongolia ini kelihatan seperti tompok lebam, namun ia hanyalah tanda lahir yang tidak membawa sebarang kesakitan kepada bayi.
Kebiasaannya, tompok ini akan muncul sekitar belakang badan, punggung atau bahu bayi.
5. Badan berbulu
Image via Being the parent
Bulu halus pada badan ada fungsinya iaitu untuk mengekalkan suhu badan bayi dalam rahim sebelum adanya lemak badan. Kebiasaannya, ia akan gugur pada minggu terakhir pregnancy atau beberapa minggu selepas lahir.
6. Najis pertama bayi berwarna hitam
Image via Doktor Budak
Jangan panik kalau bayi anda mempunyai najis hitam kerana ia masih normal dan berada tahap kesihatan yang baik.
Najis tersebut dipanggil meconium yang terhasil daripada bahan yang bayi anda telan seperti sel kulit, mukus atau cecair amnion semasa dalam uterus.
Ibu ayah jangan panik tau, semuanya normal saja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment