[TIPS] Ini 7 Makanan Yang Boleh Elak Ekzema Supaya Kulit Anda Kekal Cantik
Eczema merupakan salah satu penyakit kulit.
Penyakit kulit seperti eczema sudah semestinya akan membuatkan penghidap rasa tak yakin dengan diri mereka sendiri
Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit. Penyakit ini kebiasaannya dihidapi oleh anak kecil atau orang dewasa.
Simptom penyakit ekzema ini bermula daripada bintik-bintik merah di bahagian celah anggota badan sehinggakan berair. Semestinya, perkara itu sangat tidak selesa.
Bagi orang dewasa, penyakit ini akan menghilangkan rasa yakin mereka apabila mengenakan pakaian ataupun berjumpa orang di luar. Ekzema dibahagikan kepada dua jenis iaitu dermatitis atopik (atopic dermatitis) dab ekzema atopik (atopic eczema).
Ciri-ciri ekzema atopik ini adalah gatal dan dan timbul bintik merah kecil. Kalau digaru, ruam boleh menjadi kasar, berair dan tebal. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, leher dan kawasan pelipat siku dan lutut.
Seperti umum tahu, ekzema tiada pengubatnya. Namun, untuk mengelakkan kulit menjadi lebih teruk disebabkan keradangan, anda boleh cuba amalkan pemakanan ini.
Image via The Asian Parent
Makanan boleh bantu elak ekzema:
1. Ikan berlemak
Image via Clevel and Clinic
Ikan seperti salmon, tuna, dan sardin mengandungi omega-3 dan asid lemak. Kedua-dua bahan ini boleh bantu mengurangkan keradangan pada kulit dan mencegah ekzema daripada flare-up.
2. Sayur-sayuran hijau
Image via Root of Science
Sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan kangkung mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Vitamin seperti A, C dan E dan mineral memang penting untuk kesihatan kulit. Sayuran hijau kebiasaannya mempunyai antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan.
3. Buah-buahan
Image via googleapis.com
Buah-buahan seperti epal, pear dan strawberi mengandungi quercetin, antioksidan yang boleh membantu untuk mengurangkan keradangan pada kulit dan mencegah ekzema anda menjadi lebih teruk.
4. Kekacang dan bijian
Image via Dreams Time
Kekacang seperti walnut dan kacang soya mengandungi antioksidan, protein dan serat yang tinggi. Semua bahan itu boleh membantu penghidap ekzema untuk mengurangkan keradangan pada kulit sekaligus dapat mengekalkan kulit yang sihat.
5. Minyak zaitun
Image via Hello Doktor
Selain mempunyai kebaikan dan manfaat terhadap penyakit jantung, kencing manis dan Alzheimer. Minyak zaitun juga mampu untuk meredakan kegatalan dan keradangan kulit merah akibat ekzema.
6. Probiotik
Image via Hello Doktor
Makanan yang mengandungi probiotik termasuklah keju, yogurt, susu kultur dan banyak lagi. Kalau anda nak tau, Kimchi yang merupakan makanan Korea juga mempunyai probiotik. Selain dapat membantu dari segi pencernaan, ia juga boleh meningkatkan sistem imun badan supaya dapat mencegah kulit ekzema.
7. Teh hijau
Image via Hello Doktor
Teh hijau mengandungi polifenol yang mempunyai antioksidan untuk membantu mengurangkan kemerahan dan kegatalan pada kulit. Jika anda sedang mengalami ekzema yang teruk, anda boleh cuba minum teh hijau untuk surutkan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk kekalkan kecantikan kulit! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment