Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

7 Negara Ini Amalkan Tradisi 'Pelik' Untuk Bayi Baru Lahir, Nombor 3 Paling Menakutkan!

Fuh, selamat Malaysia tiada dalam senarai.

Cover image via Scoop Whoop

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap negara sudah tentu mempunyai tradisi dan budaya yang diamalkan sejak turun-temurun

Walaupun teknologi kini sudah semakin canggih dan moden, namun begitu terdapat beberapa adat yang masih dikekalkan terutamanya dalam kalangan sesetengah masyarakat.

Kali ini, kami akan kongsikan tujuh tradisi pelik yang diamalkan untuk bayi baru lahir. Yang pasti, ia akan membuatkan anda terkejut dan tidak sangka rupa-rupanya masih wujud kepercayaan seperti ini.

1. Finland | Bayi tidur dalam kotak

Image via Scoop Whoop

Tradisi di Finland ini sudah berusia 75 tahun, di mana katil pertama bayi adalah kotak kadbod. Kotak itu dihadiahkan kepada ibu dan dipenuhi dengan keperluan bayi.

2. Bulgaria | Orang tua pura-pura ludah bayi

Image via Scoop Whoop

Mereka mengamalkan tradisi ini sambil berkata "may chickens poop on you". Menurut sumber, adat ini dilakukan untuk mengelirukan "Evil Eye" yang cenderung untuk merampas semua perkara baik dikagumi oleh orang.

3. India | Baling bayi dari bumbung kuil

Image via Scoop Whoop

Di India, bayi dibaling dari bumbung kuil setinggi 50 kaki dan disambut dengan sehelai kain sebelum diserahkan kepada ibu bapanya. Walaupun agak berbahaya, tiada bayi yang cedera semasa tradisi ini dijalankan.

4. Sepanyol | Lelaki lompat atas bayi

Image via Scoop Whoop

Mengikut kepercayaan masyarakat di sana, lelaki ini melambangkan syaitan dan dipercayai bahawa dengan melompat ke atas bayi-bayi itu, dia dapat menangkis roh jahat yang cuba mengganggu kesejahteraan mereka.

5. Bali | Bayi tak boleh sentuh tanah selama tiga bulan

Image via Scoop Whoop

Di Bali, masyarakat di sana percaya bahawa bayi adalah makhluk Tuhan yang suci. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa tidak membenarkan bayi mereka menjejakkan kakinya ke tanah selama tiga bulan. Selama tempoh ini, bayi hanya akan didukung oleh ahli keluarganya dan boleh menjejakkan kaki ke tanah selepas 105 hari dilahirkan.

6. India Selatan | Mandikan bayi dengan susu panas

Image via Scoop Whoop

Tradisi di India Selatan ini dipanggil sebagai Karaha Pooja. Ia melibatkan proses di mana bayi akan dibawa ke kuil dan dimandikan dengan susu panas oleh paderi sambil disorak oleh orang sekeliling yang melihatnya.Namun, tradisi ini telah diharamkan dan bayi lebih digalakkan menghisap susu daripada dimandikan dengannya.

7. Sweden | Biarkan bayi tidur di luar rumah walaupun musim sejuk

Image via Scoop Whoop

Di Sweden, mereka percaya bahawa dengan membiarkan bayi di luar rumah walaupun ketika musim sejuk dan suhu berada di bawah tahap sifar, mereka akan mempunyai imunisasi yang kuat dan akan kurang mendapat penyakit seperti batuk atau selesema.

Ada lagi tak tradisi pelik yang korang pernah dengar dari negara lain? Cuba kongsikan di ruangan komen.

Image via GIPHY

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment