7 ‘Tree House’ Menarik Di Malaysia Untuk Anda Nikmati Suasana Semula Jadi Tanpa Gangguan
"Tenang is good".
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda merupakan seorang kaki travel, sudah tentu anda gemar mencuba pelbagai jenis tempat penginapan yang menarik bukan?
Selain daripada hotel, chalet, homestay dan resort, anda juga boleh mencuba untuk bercuti di dalam hutan tetapi berkonsepkan eksklusif.
Kini, sudah banyak tempat penginapan berkonsepkan tree house yang menyediakan fasiliti setaraf dengan hotel empat hingga lima bintang. Menarik bukan?
Kami akan kongsikan beberapa tree house yang menarik dalam Malaysia untuk anda jadikan sebagai destinasi percutian seterusnya bersama keluarga atau rakan-rakan. Jom tengok antara 7 tree house di bawah:
1. Fig Tree Hill Resort, Penang
Image via 等什么 ? (Facebook)
Image via @theserynaj (Instagram)
Image via 等什么 ? (Facebook)
Fig Tree Hill Resort memberikan vibes ala-ala di Bali tetapi percaya atau tidak, ia hanya terletak di Pulau Pinang guys! Tempat percutian yang tenang ini mempunyai pelbagai vila tradisional untuk anda yang memerlukan ketenangan dan ingin menyelami alam semula jadi. Beberapa vila di sini mempunyai jakuzi, ruang makan peribadi dan pemandangan panoramik yang indah.
Alamat:
Jalan Kenari, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Penang
2. Happi Village, Pahang
Image via Happi Village (Facebook)
Image via Happi Village (Facebook)
Image via Happi Village (Facebook)
Happi Village yang terletak di Janda Baik ini dikelilingi dengan bilik mewah serta alam semula jadi.Selain itu, terdapat juga air terjun berdekatan, ladang markisa dan aktiviti jungle trekking tau. Anda akan dapat menikmati alam semula jadi dengan vibes eksklusif di sini. Tengok kolam mereka pun dah rasa tak sabar nak terjun!
Alamat:
Lot A848, PT 14333 Kampong,
Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
3. Permai Rainforest Resort, Sarawak
Image via Permai Rainforest Resort (Facebook)
Image via Permai Rainforest Resort (Facebook)
Image via Permai Rainforest Resort (Facebook)
Seperti mana yang kita tahu, negeri Sabah dan Sarawak mempunyai banyak resort berkonsepkan alam semula jadi. Salah satunya ialah penginapan Permai Rainforest Resort ini yang terletak kira-kira 30 minit dari bandar Kuching. Apa yang menarik adalah terdapat pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di dalam resort ini. Antaranya high rope course, berkayak, mangrove tour dan melihat dolphin!
Alamat:
Teluk Penyuk, Jalan Sultan Tengah,
Santubong, 93050 Kuching, Sarawak
4. Plateau Farm Sustainable Treehouse Camp, Pahang
Image via Ricki/Airbnb
Image via Ricki/Airbnb
Image via Ricki/Airbnb
Terletak di antara pokok-pokok tinggi kira-kira 500m di atas paras laut, tree house yang selesa ini dibina daripada bahan kitar semula. Ia sesuai untuk anda yang terdesak untuk merehatkan minda dan tidak kisah mengamalkan konsep bring your own (BYO) seperti bantal, penghalau serangga, makanan dan sebagainya demi menjadikan penginapan anda selesa.
Alamat:
8RFH+84, 28750 Bentong, Pahang
5. Rainforest Tree House, Johor
Image via Rainforest Tree House
Image via Rainforest Tree House (Facebook)
Image via Rainforest Tree House
Setelah penat bekerja, inilah masanya untuk anda berehat dan pergi ke rumah pokok terpencil yang diperbuat daripada buluh ini. Rainforest Tree House hanya dalam jarak satu jam pemanduan dari Johor Bahru. Ia adalah pengalaman yang tiada bandingnya, dengan dapur api kayu tempat makan malam sudah disediakan, air terjun berdekatan untuk berendam dan juga open-air cafe di mana anda boleh duduk di atas lantai kayu atau berehat di atas buaian labah-labah. Seronoknya!
Address:
25, Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai
6. Sekeping Serendah, Selangor
Image via Sekeping Serendah
Image via Sekeping Serendah
Image via @flatwhitekuma (Instagram)
Sekeping Serendah sememangnya telah menjadi pilihan tempat percutian ramai orang. Dengan penginapan yang berkonsepkan bangsal terbuka, ia sangat sesuai untuk anda yang addicted dengan alam semula jadi. Terdapat tiga jenis bangsal iaitu kaca, kayu, dan kotak kaca. Saiz bangsal yang berbeza juga boleh memuatkan kumpulan kecil hingga besar.
Alamat:
Serendah FS, 43300, 48200, Selangor
7. Terra Tree House, Pahang
Image via @jasminirisha (Instagram)
Image via @chiewyen90 (Instagram)
Image via Terra Tree House
Terra Tree House memberikan anda vibes Tarzan yang sebenar. Terletak di Cameron Highlands, tempat percutian ini menawarkan dua jenis rumah pokok dengan tujuh unit. Terdapat rumah pokok buluh tradisional dengan bilik mandi di luar. Terdapat juga rumah kayu yang baru dibina di mana bilik mandi bersambung dengan tab mandi. Jika anda ingin melakukan sedikit pengembaraan, anda boleh hiking selama 30 minit yang menghala ke air terjun. Best kan?
Alamat:
25, Jalan Air Terjun, Kg Sri Gunung Pulai,
81000 Kulai, Johor
Sekali sekala tukar angin, asyik tidur hotel je. Apa salahnya tidur dalam tree house pula kan? ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment