8 ‘Korean Mart’ Di Sekitar Kuala Lumpur & Selangor Ini Khas Untuk Anda Terjah. Daebak!
Fuh tiba-tiba teringin nak makan ramen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Adakah anda seorang peminat makanan atau snek Korea?
Sudah tentu ada masanya anda teringin makanan Korea kerana sudah bosan dengan makanan Melayu bukan?
Jika anda sedang mencari Korean mart di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor, kami ada sediakan beberapa kedai menarik untuk anda cuba pergi.
Jom lihat antara 8 Korean mart di bawah:
1. Freshan Grocer
Freshan Grocer mempunyai dua cawangan, iaitu di 163 Retail Park dan satu lagi di Desa ParkCity. Ia merupakan kedai runcit Korea premium yang menawarkan makanan sejuk beku, hasil segar, makanan ringan dan ramen, banchan dan buah-buahan bermusim.
Image via Freshan Grocer (Facebook)
Image via Freshan Grocer (Facebook)
Alamat cawangan:
Mont Kiara
Lot 2F - 18, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waterfront Desa ParkCity
The Waterfront Carpark 1, 1st, 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur
2. K market
K market mempunyai beberapa cawangan, dua di Lembah Klang serta satu cawangan di Pulau Pinang dan Johor. Anda akan menemui semua yang berkaitan dengan Korea di sini, daripada hasil segar kepada makanan sejuk beku, alat tulis, makanan ringan dan alatan dapur. Ia juga mempunyai beberapa banchan Korea siap sedia untuk digandingkan dengan hidangan!
Image via K market (Facebook)
Image via K market (Facebook)
Image via K market (Facebook)
Alamat cawangan:
K Market Solaris
Lot J-G-10 & 11, GF, Jalan Solaris,
Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
K Market Puchong
GF-02, Ground Floor, Tower 1 @ PFCC,
Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
K Market Penang
Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Penang
K Market Johor
26, Jalan Permas 10/5, Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Johor Bahru, Johor
3. K Shop Korea Store
Jika anda tinggal di atau berhampiran Cheras, kedai serbaneka ini terletak di Leisure Mall dengan pilihan makanan ringan, minuman dan makanan jalanan Korea. Ia juga tempat yang bagus untuk sekadar singgah dan menambah stok makanan ringan anda semasa berada di kawasan itu.
Image via K SHOP (Facebook)
Image via K SHOP (Facebook)
Image via K SHOP (Facebook)
Alamat:
Lot L1-63, Level 1, Cheras LeisureMall,Jalan Manis 2 Taman Segar, Batu 9 Cheras 56100 Kuala Lumpur
4. Kim's Mart
Terletak di Solaris, Kim's Mart mempunyai pelbagai pilihan hasil segar, termasuk pelbagai saiz tub kimchi yang baru dibuat! Terdapat juga lorong produk kecantikan, periuk dan kuali Korea, bahagian kecil untuk daging, makanan sejuk beku dan minuman.
Image via Google Street View
Image via SAYS
Image via SAYS
Alamat:
11, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara,50480 Kuala Lumpur
5. KO Mart
Kedai runcit Korea yang luas ini dibuka pada Januari tahun lalu di 1 Mont Kiara dengan membekalkan makanan dan bahan-bahan segar serta barangan rumah. Namun, terdapat makanan non-halal juga di sini. Anda perlu berhati-hati sebelum membelinya.
Image via Komart_malaysia (Facebook)
Image via @thestuffedowl (Instagram)
Image via @thestuffedowl (Instagram)
Alamat:
1 Mont' Kiara, L3-12, 1, Jalan Kiara,Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
6. NH Pasarnita Mart
Terletak di tingkat bawah tanah Plaza Mont Kiara, NH Pasarnita Mart ialah pasar Korea sehenti untuk semua keperluan asas. Ia penuh dengan peralatan dapur dan makanan ringan, serta hasil segar seperti daging dan banyak lagi.
Image via NH Pasarnita (Facebook)
Image via NH Pasarnita (Facebook)
Alamat:
2, Jalan Kiara, Mont Kiara,50480 Kuala Lumpur
7. Shin Korea
Setelah mengadakan pelancarannya pada November tahun lepas, Shin Korea merupakan salah satu pasar raya di Cheras yang menawarkan barangan runcit asli Korea. Memandangkan ia masih agak baru, anda boleh meminta barangan tertentu untuk mereka mengimport ke Malaysia.
Image via @shinkorea.my (Instagram)
Image via @shinkorea.my (Instagram)
Image via SHIN KOREA (Facebook)
Alamat:
106, Jalan Damai Raya 2,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
8. Shin Sun Mi Market
Sebelum ini terletak di Ampang, Pasar Shin Sun Mi telah berpindah ke Sunway GEO Avenue. Ia menawarkan segala-galanya daripada kit yang mudah dimasak kepada banchan, termasuk kimchi dan telur puyuh kicap. Malah, terdapat gerai yang menyajikan makanan segar seperti tteok-bokki, corndog dan kimbap.
Image via Shin Sun Mi Korean Market (Facebook)
Image via Shin Sun Mi Korean Market (Facebook)
Image via Shin Sun Mi Korean Market (Facebook)
Alamat:
G-01-03 Sunway Geo, Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Jadi, apa tunggu lagi? Jom K-mart hunting guys!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment