8 Tempat Mesra Autisme Ibu Bapa Boleh Lawati Bersama Anak Di KL & Selangor
Semua tempat ini direka bentuk dengan mengambil kira sensitiviti deria.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kanak-kanak autisme merupakan golongan yang sangat memerlukan perhatian kita dan mereka mudah tenang apabila berada di ruang selesa, pencahayaan lembut dan suasana lebih sunyi
Image via FIT IN Child Development Centre
Ibu bapa yang mempunyai anak autisme sudah tentu sering mencari tempat bersesuaian bagi mereka agar tidak cepat gelisah apabila berada dalam kesibukan dan suasana bising seperti dalam pusat beli-belah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lapan tempat menarik mesra autisme yang ibu bapa boleh bawa anak untuk menceriakan hari mereka.
Apa yang lebih seronok, ibu bapa juga boleh meluangkan masa bersama anak-anak dengan membuat pelbagai aktiviti bersama.
Jom lihat antara tempat menarik di bawah:
1. Sunway Putra Mall
Image via Sunway Putra Mall (Facebook)
Calm Room
Alamat: LG (bersebelahan Nando's) & L3 (Isolve Gadget)
Waktu operasi: 10am hingga 10pm (setiap hari)
Sensory Walls
Alamat: L2 (bersebelahan Ayam Penyet Best) & L3 (Next to Big Apple)
Waktu operasi: 10am hingga 10pm (setiap hari)
C-A-T Playground
Alamat: L1-22
Waktu operasi: 11am hingga 9.30pm (setiap hari)
Harga: RM20 sekali masuk
- Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai gelang Autsome dan mereka yang berumur di bawah 12 bulan
Berikut ialah cara untuk mendaftar sebagai ahli Autosome.
2. 1 Utama Shopping Centre
Image via 1 Utama
Sensory Pod
Alamat: 2nd Floor Oval (berhampiran pusat khidmat pelanggan atau bersebelahan dengan bilik bayi)
Waktu operasi:
- 10am hingga 10pm (Ahad hingga Khamis)
- 10am hingga 10.30pm (Jumaat dan Sabtu)
Playtime Kids
Alamat: 2nd Floor 1 Utama E
Waktu operasi:
- 10am hingga 10pm (Ahad hingga Khamis)
- 10am hingga 10.30pm (Jumaat dan Sabtu)
Berikut adalah maklumat lanjut tentang faedah ahli kelab As I Am 1 Utama.
3. Headstart Academy
Image via Active Special Needs (Facebook)
Headstart Academy @ TTDI
Alamat: Lot No. 3A.07 & 3A.08, Level 3A, GLO Damansara Mall
Waktu operasi: 8am hingga 5pm (setiap hari kecuali Sabtu & Ahad)
- Anda perlu membuat temu janji jika ingin berkunjung pada hujung minggu.
Hubungi cawangan TTDI di WhatsApp.
Headstart Academy @ Shah Alam
Alamat: Lot 3F-23A & 3F-25, 3rd Floor, SACC Mall
Waktu operasi: 10am hingga 5pm (Jumaat hingga Ahad)
Boleh WhatsApp cawangan Shah Alam di sini.
4. We Rock The Spectrum
5. Happy Farms Hippotherapy Malaysia
Image via Happy Farms Malaysia (Facebook)
6. Golden Screen Cinemas (GSC) @ Tropicana Gardens Mall
GSC menawarkan tayangan khas untuk keluarga yang mempunyai sensitiviti deria pada Ahad minggu kedua setiap bulan di lokasi GSC terpilih.
Dengan harga RM9 setiap tiket, anda boleh menikmati filem blockbuster terbaharu dalam persekitaran yang santai dengan pencahayaan malap, volum lebih rendah dan tanpa treler atau iklan. Play Hall juga mempunyai tempat duduk bean bag yang selesa, taman permainan mini, dan bilik taska khusus untuk mereka yang memerlukan rehat yang tenang.
Ketahui lebih lanjut di sini.
7. YL's Gelateria
Image via Abd Razak Aid/Utusan TV
Nikmati hidangan manis sambil menyokong perniagaan yang memperkasakan individu kurang upaya serta meraikan kepelbagaian!
Alamat: 35, Jalan SS21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:
- 10 pagi hingga 7 malam (hari bekerja, ditutup pada hari Rabu)
- 12 malam hingga 9 malam (hujung minggu dan cuti umum)
8. The Autism Café Project (ACP)
Image via Autism Cafe Project Malaysia (Facebook)
The Autism Café Project (ACP) ialah perusahaan sosial Malaysia yang menyediakan pekerjaan dan latihan kepada golongan remaja autistik. ACP menawarkan persekitaran yang menyokong dan inklusif di mana individu boleh membangunkan kemahiran dan memperoleh keyakinan.
Alamat: 5, Jalan Adang U8/16 Bukit Jelutong, Shah Alam
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 8 malam
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment