Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Abang Cuba Tunaikan Impian Arwah Nidza Afham Dengan Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Semoga impiannya tercapai.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas kehilangan ahli keluarga yang menjadi sebahagian besar hidupnya, abang kepada arwah Nidza Afham, Muhammad Nidza Irfan cuba untuk menunaikan impian adiknya itu

Muhammad Nidza Irfan Mokhtar, 32 tahun yang berasal dari Puncak Alam, Selangor, merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik.

Dalam keluarga yang sangat dekat dengan industri seni, adiknya, Aufa Hanie, juga aktif dalam bidang ini, sementara arwah Nidza Afham, yang merupakan penyanyi dan pelakon terkenal, meninggalkan legasi yang mendalam dalam industri hiburan. Nidza Afham dikenali sebagai seorang artis yang berbakat besar, terkenal dengan lagu-lagu hit seperti 'Bila Rindu' dan 'Hanya Satu'.

Muhammad Nidza Irfan mengetahui tentang ujibakat ini daripada adiknya, Aufa Hanie, yang menggalakkannya untuk mencuba.

"Adik saya yang minta saya pergi uji bakat ini. Dia memang sokong dan yakin saya boleh berjaya," kata Nidza Irfan, mengungkapkan sokongan padu dari keluarga dalam perjalanan kerjayanya.

Image via TV3 Malaysia

Mahu cuba tunaikan impian arwah adik

Beliau menyatakan bahawa ibunya sendiri yang memberi keyakinan bahawa dirinya mampu menyambung legasi arwah adiknya, Nidza Afham.

"Saya lakukan semua ini kerana mak dan Nidza, untuk meneruskan impian mereka," ujarnya dengan penuh emosi.

"Saya memang minat nyanyi sejak kecil, dan mereka (adik-beradik) terinspirasi daripada saya. Sejak tingkatan 1, saya banyak main gitar sendiri, dan kawan-kawan pun sering main bersama saya," kata yang mengimbau detik-detik awal yang mencorak minatnya dalam dunia muzik," katanya.

Selain bekerja sebagai pengarah perniagaan, Nidza Irfan mengakui bahawa kesibukan kerjayanya membataskan masa untuk menyanyi.

"Beberapa bulan lalu, saya ada niat untuk pergi ke kelas vokal, tapi tak sempat cari peluang. Kalau ada peluang, saya akan cuba dan pastikan saya cari jalan untuk merealisasikan impian ini," ujarnya.

Jika diberi peluang atau menang, Nidza Irfan memberitahu akan bawakan personaliti sendiri dan gunakan peluang ini untuk membantu keluarga dalam industri hiburan. Selain itu, akan berusaha memberi sumbangan kepada masyarakat dan mengembangkan perniagaannya.

"Sebab saya dah terasa kehilangan, saya berusaha mencipta memori baharu bersama keluarga. Tak sempat nak cipta memori dengan arwah adik. Arwah pernah cakap, 'Masuklah, abang,' dan hari ini, saya dah buat," tambahnya.

Image via TV3 Malaysia

Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million!

Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Kuala Lumpur! Cepat-cepat hadir ke lokasi yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik mengenai Calpis Soda One In A Million:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment