Ahli Farmasi Kongsi Kesan Suka Tidur Lewat Antaranya Boleh Terdedah Dengan Banyak Penyakit
Hat-hati semua!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap manusia perlu tidur untuk mendapatkan rehat yang secukupnya agar badan lebih bertenaga
Selain itu, tidur yang cukup dapat membantu dalam mengekalkan fizikal dan mental yang lebih sihat.
Namun, hari ini ramai yang tidak mengambil endah perkara berkenaan sehingga membahayakan kesihatan mereka. Ramai yang masih tidak tahu sebenarnya bahaya jika anda tidur lewat.
Image via @pharmacistony (TikTok)
Boleh ganggu kesihatan badan sehingga dapat penyakit
Menerusi video di akaun TikTok @pharmacistony, kelihatan seorang ahli farmasi berkongsi kesan dan bahaya tidur lewat malam.
Menurutnya, seseorang boleh terdedah dengan pelbagai penyakit terutamanya akan memberi kesan kepada tubuh badan anda. Ia akan menyebabkan penurunan kepada daya tahan tubuh anda.
Tambahnya, tidur lewat ini juga akan menggangu hormon yang mengatur selera makan dan menyebabkan anda craving tengah malam dan disebabkan itu berat badan bertambah naik.
"Tidur yang kurang atau tidur tidak teratur akan menjejaskan kesihatan mental. Ini mungkin menjadi salah satu punca kenapa anda mudah rasa letih lesu dan juga murung.
"Kajian juga menunjukkan mereka yang suka tidur lewat ini terdedah kepada risiko penyakit jantung dan juga strok," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment