Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#AJL39: Persembahan Pembukaan Amir Masdi & Marsha 'Pukau' Mata Rakyat Malaysia

Powerlah Amir Masdi dan Marsha!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini

Acara yang cukup berprestij itu telah dikendalikan oleh dua pengacara yang cukup berbakat iaitu Naz Rahman dan Sissy Imann dengan bertemakan 'Nada Rasa'.

Pentas AJL39 kali ini dibuka dengan persembahan daripada Amir Masdi yang membawakan lagu 'Sengaja' dan Marsha dengan lagu 'Hening Rindu'.

Amir Masdi dengan lagu 'Sengaja'.

Image via TV3 Malaysia

Persembahan mereka ternyata memukau mata penonton yang hadir.

Sebagai rekod, sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan di pentas akhir. AJL39.

Marsha dengan lagu 'Hening Rindu'.

Image via TV3 Malaysia

AJL adalah majlis pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik yang menghasilkan karya terbaik, selain memberi anugerah kepada penyanyi yang membuat persembahan serta memiliki vokal terbaik.

Lagu yang bakal berentap malam ini selain Hening Rindu (Marsha Milan) dan Sengaja (Amir Masdi) adalah Puas Sudah (Aina Abdul), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), dan Aura (Ernie Zakri).

Turut bertanding, Bukan Lagi Kita (Nadeera), Bintang (Hael Husaini), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) serta Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Kesemua karya diadili barisan juri profesional termasuk Datuk Mokhzani Ismail, LY, Efry Arwis, Helen Yap dan AD Samad ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 39 lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment