"Aku Ni Umur Dah Lebih 30 Tapi Jodoh Tak Ada" - Wanita Jelas Kahwin Bukan Penentu Bahagia
Bukan ke Allah SWT dah susun kisah hidup kita cantik-cantik?
Dalam masyarakat kita, wanita yang lambat berkahwin akan dilabel anak dara tua (andartu) atau anak dara lanjut usia (andalusia)
Soal kahwin lambat ini selalunya lebih melibatkan kaum wanita. Bahkan, kaum ini amat sensitif bila orang sekeliling mempersoalkan isu kahwin lambat. Manakan tidak, umur semakin hari semakin meningkat tetapi masih tidak kahwin. Lebih stress apabila ada mulut-mulut yang bertanya, "Kau bila nak kahwin?"
Image via OhBulan!
Bukan itu sahaja, sekarang ini boleh dikatakan seperti satu trend untuk kahwin pada usia yang muda. Malah rakan-rakan sekeliling juga ramai yang kahwin awal iaitu dalam lingkungan 24 tahun. Mereka kini sudah pun mempunyai 2 atau 3 orang anak.
Nak buat macam mana?
Bukan kita yang minta untuk kahwin lambat. Bahkan kajian juga sudah mendapati 86.8% penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun di negara ini mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun memberi alasan mereka melewatkan perkahwinan disebabkan masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup, selain tidak jumpa pasangan serasi.
Satu perkongsian menarik oleh seorang pengguna Facebook tentang masalah kahwin lambat telah membuka minda para netizen
Noorihan Noorudin telah membuat perkongsian itu selepas mendengar keluhan seorang rakannya yang mempersoalkan status dirinya yang masih single meskipun usia semakin meningkat.
Dalam masa yang sama, seorang lagi rakannya yang sudah berkahwin dan kini mempunyai anak pula mengimpikan kebebasan yang dimiliki mereka yang masih bujang.
Hal ini membuatkan Noorihan terkedu dan mula mempersoalkan tentang sikap kebanyakan manusia yang tidak bersyukur dan sering bersangka buruk dengan ketentuan Allah SWT.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Saya terima mesej dari seorang kawan, “Yan, aku ni dah 30 lebih umur. Tapi tak tau kenapa jodoh tu tak sampai lagi. Taktau lah apa kurangnya aku ni.” Saya terdiam. Saya mengiyakan di dalam hati. Betul, kawan saya ni baik orangnya, suka travel dan mempunyai kerjaya yang bagus.
Image via Inspirasi Pagi
Teringat pula dekat seorang kawan yang lain, yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Saya dengar luahan dia dulu, “Duit tak cukup bila dah kahwin ni. Nak travel apetah lagi. Best la kau dapat travel merata, aku tak sempat travel dah kahwin, bila dah ada anak ni komitmen pun bertambah, duit banyak nak guna untuk benda yang lagi penting dari travel. Bertuah jadi kau ni.” Saya diam.
Kenapa dengan kita ni ya? Selalu bersedih dengan takdir sendiri. Sedih dengan jalan hidup yang Allah dah tentukan. Saya pun terkadang ada mempersoalkan, “Kenapa bla bla.. Kenapa bla bla," Buruknya sikap kita anyg tidak bersangka baik dengan Allah SWT. Bukan ke Allah SWT dah susun kisah hidup kita cantik-cantik?
Tapi yelah, manusia sifatnya tidak reti bersyukur, kan?
Kita inginkan kehidupan orang lain, tapi orang lain inginkan kehidupan kita.
Kita rasa kita akan bahagia bila berkahwin dan mempunyai anak, dapat menghilangkan sunyi.. Tapi orang lain mengimpikan kehidupan seperti kita yang bebas kesana kemari.
Bahagia itu bukan terletak pada perkahwinan. Bukan diukur pada banyaknya harta. Tapi dari dalam hati. Anda boleh bahagia jika belum berkahwin, dan anda juga boleh bahagia jika sudah berkahwin. Kita yang mencorakkan kehidupan kita sama ada mahu bahagia dan bersyukur atau sebaliknya. Jika kita selalu membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, selamanya kita takkan pernah bahagia.
Image via Bum Bum Cak
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan.
Yang sudah berkahwin, carilah bahagia bersama suami/isteri, anak-anak dan keluarga. Yang belum ada rezeki jodoh, bahagiakan diri bersama ibu bapa, siblings & kawan-kawan. Saya selalu ingatkan diri saya, mempunyai keluarga & kawan-kawan yang baik juga adalah satu nikmat dan rezeki. Bahkan mempunyai hati yang tenang dan lapang juga adalah rezeki yang tak ternilai harganya.
Kalau ada jodoh dengan manusia, ada lah. Kalau jodoh dengan ajal yang sampai dulu, bersedia kah kita untuk bertemu dengan Tuhan?
Syukur selalu.
Haa yang lelaki pun kena buang dulu 5 tabiat ni baru boleh fikir kahwin, okay!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment