"Aku Tengah Kucu Kuca Kot" - Syok Menyanyi Dalam Kereta Sekali Ada Orang Salah Masuk
Potong line betul lah orang tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua orang mempunyai hobi masing-masing untuk menghilangkan rasa bosan bukan?
Tambahan lagi jika masa itu kita sedang berseorangan, memang macam-macam perkara yang dilakukan untuk menghiburkan diri.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita terpaksa menahan malu semasa sedang syok menyanyi di dalam keretanya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terus terpotong line nak menyanyi sebab ada orang salah masuk kereta
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta sambil merakam dirinya menyanyi lagu bertajuk Kucu Kuca.
Namun semasa dia sedang seronok menyanyi, tiba-tiba datang seorang lelaki yang membuka pintu keretanya.
Difahamkan, lelaki berkenaan tidak perasan dia tersilap kerana dia memberitahu kereta wanita itu sama seperti kereta kawannya.
Situasi itu membuatkan wanita tersebut terus terbantut untuk meneruskan nyanyiannya kerana terkejut dan malu.
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
"The way she slow the volume down, hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ramai memuji kemerduan suaranya. Malah, ada juga yang menasihatkannya agar lebih berhati-hati dan sentiasa kunci pintu apabila seorang diri.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 380.9K views, 31.9K likes dan 794 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Image via @sitihasmah19 (TikTok)
Nasib baik dia tak terus duduk masuk. Lain kali jangan lupa kunci pintu ya :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment