Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Al-Ikhsan Sports Lancar 'World Football Festival' Sempena Piala Dunia FIFA 2022

Pelbagai barangan premium khas untuk dijadikan koleksi boleh didapati di 167 cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat barangan sukan terkenal di Malaysia, Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic melancarkan kempen 'World Football Festival 2022' bagi memeriahkan lagi saingan Piala Dunia 2022 Qatar dijadualkan berlangsung pada 20 November ini

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla (lima kiri) pada majlis pelancaran kempen World Football Festival 2022 di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Image via Al-Ikhsan Sports

Kempen itu bakal menyaksikan pelbagai acara serta barangan premium khas untuk dijadikan koleksi bagi pencinta bola sepak di Malaysia, di mana boleh didapati di 167 cawangan Al-Ikhsan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan kempen tersebut yang dilancarkan bagi meraikan 15 juta peminat tegar bola sepak di Malaysia.

“Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami,” katanya pada pelancaran kempen itu di pusat beli belah IOI City Mall baru-baru ini.

Siri jelajah 'Adidas Official Match Ball Roadshow'

Dalam pada itu, Al-Ikhsan turut berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas bagi siri jelajah ‘Adidas Official Match Ball Roadshow’ di lima lokasi pilihan di Semenanjung Malaysia.

Sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan peminat barangan sukan khususnya bola sepak termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Negeri Sembilan.

Antara yang menarik untuk festival kali ini, Al Ikhsan turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang mana rakan radio strategik bagi kempen berkenaan.

Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian berkenaan dan permainan santai sudah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment