Anak Suka Main Lato-Lato, Gelagat Ibu Sengaja Cakap Dengan Abang Polis Ini Undang Tawa
Tahu takut ya dik.
Permainan yang sudah tular iaitu lato-lato kini semakin menjadi perhatian
Bukan hanya dalam kalangan kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga turut mencubanya. Sudah tentu, ini pasti sudah membuat kita bosan kerana pergi ke mana saja pasti ada orang main lato-lato ini.
Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang ibu sengaja mengusik anaknya kerana sering bermain lato-lato kepada polis telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Anak menangis tak mahu main lato-lato lagi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta di luar kawasan rumahnya.
Dia kemudian terjumpa dengan kereta polis di situ dan sengaja mengusiknya dengan memberitahu anak perempuannya itu suka bermain lato-lato dan menyuruh agar pihak polis mengambil tindakan.
Situasi itu membuatkan budak perempuan itu menangis dan tidak mahu bermain lato-lato lagi. Malah, dia juga memberitahu akan membuang permainan tersebut.
Lihat video sambungan di bawah:
"Adoi, tak ada pula polis lalu flat aku" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 216.7K likes dan 5,271 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @iendaazlinda (TikTok)
Image via @iendaazlinda (TikTok)
Image via @iendaazlinda (TikTok)
Image via @iendaazlinda (TikTok)
Image via @iendaazlinda (TikTok)
Itulah dik, suka sangat kan main tengok dah polis dah datang :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment