Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anggota Bomba Solat Beralas Baju Kalis Api. 100PLUS Ajak Orang Ramai Kongsi Kisah Iktibar

Tak semua selesa ketika berbuka puasa. Ada yang berbuka ala kadar sahaja.

Cover image via Google

Artikel ini ditaja oleh 100PLUS.

Pernah terfikir tak apa yang orang lain lalui ketika berbuka puasa? Tidak semuanya selesa ya. Ada juga berbuka ala kadar sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fabelio

Ketika kita berbuka puasa di rumah dengan selesa atau di restoran mewah bersama yang tersayang, kita lupa ada individu yang sedang bertungkus-lumus dalam melakukan tugas dan tanggungjawab seharian mereka. Kadang-kala sampai tak sempat untuk berbuka puasa.

Seperti baru-baru ini viral di media sosial, gambar anggota bomba sedang solat berjemaah beralaskan jaket kalis api di tepi kawasan kebakaran. Gambar itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Image via Google

Salute abang bomba!

“Tak sempat teguk air untuk berbuka”

Image via Google

Menurut salah seorang anggota bomba yang terlibat, dia tak sempat meneguk setitik air pun apabila siren kecemasan berbunyi kerana harus bersiap sedia bersama rakan yang lain untuk ke lokasi kebakaran. Memang nampak betapa komitednya anggota keselamatan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka walaupun sedang berpuasa.

Sebenarnya, banyak kisah keikhlasan di sekeliling yang boleh dijadikan iktibar. Contohnya, anggota trafik yang mengawal lalu lintas di tengah terik matahari, doktor yang menahan lapar melakukan pembedahan lebih daripada 10 jam atau kanak-kanak yang membantu orang buta melintas jalan.

Kisah ini mungkin nampak simple, tapi tahukan anda bahawa kisah seperti inilah yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain untuk tak berputus asa dalam kehidupan mereka. Sebab itulah sempena bulan Ramadan ni, 100PLUS mengajak anda semua untuk sebarkan pesanan ikhlas.

Kongsikan kisah anda dengan Kempen Seratus Ikhlas ini

Image via Seratus Ikhlas

Senang sahaja untuk sertai Kempen Seratus Ikhlas ini. Ikuti langkah yang diberikan di atas. Paling penting, pastikan akaun anda tidak private ya.

Galeri Seratus Ikhlas bakal memaparkan kisah-kisah yang telah dikongsi oleh orang ramai

Image via Seratus Ikhlas

Pasti anda tertanya-tanya macam mana orang lain nak baca kisah yang telah anda kongsikan. Kalau anda ingin tahu, ada website sempena Kempen Seratus Ikhlas  ini. Di sini anda boleh baca sendiri kisah-kisah yang dikongsikan oleh netizen yang lain. Kisah pasal Syafiq Kyle dan Mira Filzah pun ada juga.

Jadi, jika anda mempunyai sebarang kisah keikhlasan, atau ingin melakukan sesuatu yang boleh membantu komuniti anda, kongsikan sahaja dengan 100PLUS serta Skuad Seratus Ikhlas!

Kekal segar dan Aktifkan Ramadanmu dengan 100PLUS di bulan Ramadan yang mulia ini!

Image via Seratus Ikhlas

Ingin kekal bertenaga sepanjang Ramadan dan melakukan ibadah terawih? Jangan lupa ambil 100PLUS ketika berbuka puasa untuk aktifkan kembali tenaga. Barulah segar bertenaga bila melakukan ibadat.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Kempen Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS, klik sahaja di sini atau pergi ke Facebook rasmi 100PLUS.

Semoga pesanan ikhlas anda mampu untuk memberikan inspirasi dan menggalakkan orang ramai untuk beramal dengan ikhlas. Apa tunggu lagi? Jom sertai Skuad Seratus Ikhlas dan Aktifkan Ramadanmu sambil menyebarkan pesanan anda hari ini!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom beramal di bulan Ramadan yang mulia ini? :)

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment