Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Debaran Kian Terasa" - Saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 Pada 18 Disember Hanya Di TV3

Jom tengok drama yang tercalon.

Cover image via @dramasangat (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peminat tegar drama tempatan pasti berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal memenangi Drama Terbaik dan Drama Popular 2021

Anugerah anjuran TV3 ini, bakal diadakan serta disiarkan secara langsung pada 18 Disember ini jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anugerah Drama Sangat 2021 dibawakan oleh Foodpanda selaku penaja akan disiarkan secara strim langsung pada waktu yang sama di tonton dan Youtube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL). Kemeriahan malam anugerah ini akan digamatkan lagi oleh dua pengacara utama iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce.

Berikut merupakan drama yang tercalon dalam Anugerah Drama Sangat 2021:

Image via @TV3MALAYSIAOFFICIAL

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS) diadakan sebagai penghargaan kepada warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, terdapat 11 kategori yang dipertandingkan, namun dua kategori utama yang dinantikan iaitu Drama Popular dan Drama Terbaik.

Drama yang tercalon di dalam Anugerah Drama Sangat 2021 adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021. Antara drama-drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 adalah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis dan banyak lagi.

ADS mempertandingkan 11 kategori, bagi kategori undian online, ia telah berlangsung pada 1 Oktober dan berakhir pada 20 November lalu. Terdapat 8 kategori undian online yang terbuka kepada peminat, dan selebihnya penilaian daripada juri professional.

Bagi menghangatkan lagi suasana ADS 2021 ini, Youtube TV3 Malaysia turut menyiarkan babak-babak viral yang menjadi sebutan netizen menerusi lakonan semula (parodi) dalam 4 episod. Antara drama yang terlibat adalah, Kampung People 2, Takdir Yang Tertulis, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Adellea Sofea.

Jangan lupa saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 di TV3!

ADS 2021 ini juga mempunyai muzik video dan lagu tersendiri yang berjudul Drama Sangat yang diilhamkan oleh Shazee Ishak dan dinyanyikan oleh Stacy, Ismail Izzani dan Noki. Muzik video ini boleh dilayari di Youtube TV3 Malaysia.

Bukan itu sahaja, ADS 2021 turut menganjurkan sesi santai menerusi ‘IG Live’ Ada Apa Belakang Skrin bersama penerbit, pengarah, penulis skrip dan barisan pelakon. ADS 2021 ini diterajui oleh pengurus projek Russell Mrk Rodrigues, penerbit eksekutif Intan Noorbaizura Aliuddin dan penerbit Aeizul Reeza Ismail.

Untuk mendapatkan info terkini berkaitan Drama Sangat, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! 

Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa untuk menghangatkan perbualan di media sosial.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment