Apa Maksud 'Gong Xi Fa Cai' Sebenarnya? Kenapa Ada Yang Mengatakan Ia Haram?
Ramai khuatir penggunaan ucapan 'Gong Xi Fa Cai' ini akan menggugat pegangan aqidah mereka.
Pada 18 Februari lalu, satu status di Facebook dari Sultan Jamal menyeru umat Islam agar tidak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada kaum Cina. Ini kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap pegangan aqidah seseorang.
Image via Facebook Sultan Jamal
Namun begitu, menerusi ruangan komen, segelintir pihak tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Menurut mereka, Tahun Baru Cina hanyalah perayaan budaya dan tidak ada kena mengena dengan soal agama.
Image via Facebook Sultan Jamal
Bagaimanapun, soal budaya dalam perayaan juga dijadikan topik perbahasan. Seorang netizen mempersoal, "Jika sambutan perayaan budaya dianggap tak salah, kenapa dua perayaan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam tidak diteruskan?"
Image via Facebook Sultan Jamal
Image via Facebook Sultan Jamal
Setelah menerima puluhan komen pada status tersebut, Sultan Jamal tampil memberi penjelasan bagi mengukuhkan lagi pandangannya. Baca penjelasan penuh di bawah:
Walaupun penjelasan sudah diberikan, masih ada beberapa pihak yang tidak bersetuju selepas itu, dengan menganggap Hari Raya Krismas dan Tahun Baru Cina adalah dua perayaan yang mempunyai unsur berbeza
Image via Facebook Sultan Jamal
Dalam pada itu, seorang netizen kemudian tampil sambil berkata isu ini tidak perlu dibahaskan. Salah satu sebabnya adalah terdapat juga masyarakat Cina Muslim yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi mengikut hukum syarak.
Image via Facebook Sultan Jamal
Hasil tinjauan SAYS, kami menemui penjelasan lanjut tentang isu ini di laman web mufti.perlis.gov.my seperti di bawah:
Persoalannya, apa sebenarnya maksud 'Gong Xi Fa Cai'? Memetik tulisan daripada saudara Wong Chin Huat di The Malaysian Insider, 'Gong Xi Fa Cai' bermaksud “tahniah atas rezeki lumayan”, bukan "Selamat Tahun Baru Cina".
Image via themalaysianinsider.com
Jelas di sini bahawa ucapan tersebut mempunyai elemen "rezeki" di dalamnya. Jadi mengapa orang Cina begitu mementingkan rezeki? Wong Chin Huat kemudian memberi penjelasan lanjut tentang perkara ini seperti berikut:
Sementara itu, persoalan sebegini juga pernah diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau. Ustaz Azhar berpendapat tidak ada salahnya mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kerana perayaan ini hanya bersifat kebudayaan dan bukan keagamaan.
Dalam persoalan lain, bagaimana pula jika umat Islam menggunakan perkataan 'Rest In Peace (RIP)'?
Leave a comment